Karma Buat Oyen, Kaki Tersepit Di Celah Kerusi Lepas Cuba Curi Makanan Lelaki Sedang Tidur

Tambah ke Sumber Pilihan
Karma Buat Oyen, Kaki Tersepit Di Celah Kerusi Lepas Cuba Curi Makanan Lelaki Sedang Tidur

Sebut sahaja tentang Oyen di Malaysia, pasti anda akan terbayangkan kucing berwarna jingga dan mempunyai telatah serta perangai yang unik berbanding dengan kucing lain.

Menerusi satu video yang dikongsikan oleh seorang individu dari Indonesia, dia berjaya merakam satu kejadian pelik tetapi lucu yang melibatkan Oyen di sebuah kedai makan.


Dalam video tersebut, seekor Oyen dilihat sedang cuba untuk mencuri makanan seorang lelaki yang sedang tidur dengan meletakkan kepala di atas meja.

A 2Sumber: NeKochengg

Mungkin kerana badannya yang kecil dan kaki yang terlalu pendek, kaki Oyen itu tiba-tiba terjatuh dari kerusi ketika sedang asyik mencuri makanan.

Sudah jatuh ditimpa tangga, Oyen yang terjatuh itu kemudiannya tergantung di kerusi selepas kakinya tersepit di celah bangku yang dipijak. Jelas kelihatan Oyen itu terkapai-kapai cuba untuk melepaskan diri.

C 2Sumber: NeKochengg

Kejadian ini akhirnya disedari oleh lelaki yang sedang tidur itu, namun kejadian lucu lain pula yang terjadi. Sedang Oyen berusaha untuk menyelamatkan dirinya, lelaki ini seolah-olah sedang mamai dan hanya memerhatikan Oyen buat beberapa saat sebelum menghulurkan bantuan.

Kejadian pelik tetapi lucu ini berjaya meraih hampir 10 juta tontonan. Ketika artikel ini sedang ditulis, video ini sudahpun mendapat lebih 42,000 komen dan 1.4 juta jumlah sukaan.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet lebih terhibur melihatkan lelaki itu yang ‘loading’ ketika Oyen sedang berusaha menyelamatkan nyawanya.

0

1 3

2 2

3 4

4 1

Ingatkan Oyen dekat Malaysia je suka buat perangai, dekat Indonesia pun sama!

BACA: [VIDEO] Demi Anak Yang Sakit Mata, Oyen Datang Ke Hospital & ‘Minta Tolong’ Doktor

Cats 17

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Hafiz Ahmad
Lagi tulisan Hafiz
Penggemar ayam 4Fingers.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Bunyi Penggera Kecemasan Terus Ke Telefon, Rupanya Ini Teknologi Di Sebalik Tabir MySiren
  2. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
  3. “Asyik Genting dengan Cameron je” – Ini 9 Tempat Percutian Sejuk Yang Ada Di Malaysia
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

Karma Buat Oyen, Kaki Tersepit Di Celah Kerusi Lepas Cuba Curi Makanan Lelaki Sedang Tidur
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/karma-buat-oyen-kaki-tersepit-di-celah-kerusi-lepas-cuba-curi-makanan-lelaki-sedang-tidur/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM