in

Bawa Bakul Penuh Durian, Gelagat Pakcik Ini Naik Motor Redah Banjir Sambil Dibantu Polis Buat Ramai Terhibur

F4 Pakcik Bawa Durian Redah Banjir

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tak dinafikan, jika kita ternampak sekatan jalan raya oleh pihak polis ketika sedang memandu di jalan raya, memang rasa takut walaupun kita tahu kita tak buat salah apa-apa.


Namun, bagi seorang pakcik di Indonesia ini pula, gelagatnya yang takut buah-buah durian yang dibawanya diminta oleh pihak polis ketika bertemu dengan pihak berkuasa itu ketika sedang meredah banjir.

9 1

Dalam video yang tular baru-baru ini, pakcik tersebut dilihat sedang menunggang motosikal sambil membawa bakul yang penuh dengan buah durian di belakangnya ketika dia bertemu dengan polis.

Padahal polis tu bukannya buat apa pun, dorang cuma nak bantu pakcik tu melalui jalan tersebut yang banjir.

Artikel Berkaitan: “Bila otai bersuara”- [VIDEO] Netizen Terhibur Ayam Dan Itik ‘Dengar Cakap’, Siap Disuruh Berkawad

Artikel Berkaitan: “Memang sempoi” – ‘Drive-Thru’ Ambil Ubat Naik ‘Quadbike’, Gelagat Pakcik Ini Buat Netizen Terhibur

Namun, apa yang menarik perhatian orang ramai ialah pakcik itu tidak menjawab soalan polis itu.

Dapat didengar dalam video itu bahawa ketika pakcik itu dibantu oleh polis itu untuk melalui kawasan itu, polis itu bertanya kemanakah pakcik itu mahu pergi.

@lastiiani

♬ suara asli – lastiani – lastiani

Namun, pakcik berkenaan tidak menjawab soalan itu sebaliknya dia hanya mengatakan bahawa durian-durian yang dibawanya itu adalah milik orang.

Pakcik itu tetap menjawab sedemikian meskipun polis itu bertanya tentang destinasi pakcik itu beberapa kali.

7 1 1

Polis tu pun pandai bergurau sebab sambil tanya soalan tu, dorang siap main tarik-tarik bakul durian pakcik tu. 

Lagi lah pakcik tu cuak dengan keselamatan durian dia tu kan. 

Sumber: TikTok @lastiani

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.