Kantoi! Budak Runner Ragut Rantai Wanita Depan Sogo, Siap Kena Rakam Pulak Tu!

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Makin menjadi-jadi kes ragut sekarang ni, dah tak kira lokasi dah sebab di tempat public pun penjenayah berani dan tidak lagi segan silu melakukan aksi mereka.

Kalau macam ni la gayanya, dengan orang tempatan sekali pun kita rasa tak selamat sebab siapa sangka — tengah berjalan-jalan di tempat terbuka, tiba-tiba barangan peribadi kita direntap kan?

Macam yang berlaku kepada seorang wanita yang kurang bernasib baik, di ibu negara baru-baru ini.

Kisahnya, kakak ni sedang melintas jalan di hadapan bangunan Kompleks Membeli-belah Sogo sebelum seorang penunggang motosikal secara tiba-tiba muncul dan merentap rantai yang dipakai di lehernya.

Nak dijadikan cerita lagi, kejadian itu pulak berjaya dirakamkan oleh seorang Youtuber yang sedang merakamkan vlognya menggunakan GoPro di lokasi terbabit.

Muka nampak, nombor plat pun clear — memang mendapat.

Rakaman itu dikongsikan di laman Twitter milik perakam tersebut, @meranjovfi.

 

 

 

 

 

 

Memetik kenyataan daripada seorang reporter Astro Awani — kejadian dikatakan  berlaku pada 4 Julai lalu namun difahamkan setakat ini, polis tidak menerima sebarang laporan dibuat oleh mangsa berhubung kejadian itu.

Justeru, pihak berkuasa meminta mangsa agar tampil ke balai polis untuk membantu siasatan.

Menurut @meranjovfi., kejadian tersebut berlaku begitu pantas hinggakan dia tidak dapat berbuat apa-apa untuk menahan peragut tersebut daripada melarikan diri.

Katanya, satu laporan polis juga sudah dibuat dan hopefully — dengan adanya video tersebut ia sedikit sebanyak dapat membantu pihak berkuasa memberkas pelaku dengan segera.

Kejadian itu turut mengundang kecaman daripada para netizen, yang rata-ratanya mengutuk tindakan tersebut.

 

Hmm dah elok-elok ada kerja, kenapa nak buat jenayah macam ni kan? Malu dapat, hukuman pun dapat nanti.

Memang wrong timing la, dapat pulak dirakam kegiatan tak senonoh tu.

Orang ramai yang ada maklumat lanjut, bolehlah tampil ke mana-mana balai polis berhampiran untuk membantu siasatan ye.

 

Baca: “Sah peragut atau penyamun…” – Lelaki Mengamuk Kena Tegur Merokok Dalam Restoran, Serang Dengan Parang

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Nab Talib

Seorang yang selalu berangan untuk bekerja di Dunder Mifflin Paper Company, dan penggemar berat Morrissey.