in

Kan Dah Kena Rasuk!

Ul

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
Kan Dah Kena Rasuk!
Loading
/

Kalau korang tak tahu Ulek Mayang ni adalah tarian tradisional berasal dari Terengganu. Dulu-dulu dorang guna lagu ni sebagai iringan kepada tarian yang dipersembahkan untuk memuja semangat laut.


Uniknya lagu Ulek Mayang ni sebab dia selalu dikaitkan dengan elemen mistik dan menyeramkan. Korang kalau dengar je dendangan lagu Ulek Mayang ni kadang-kadang boleh meremang bulu roma! Uishhhh

Ulek Mayang
sumber: the vocket

Semalam, kecoh di KLIA apabila satu persembahan Ulek Mayang sempena promosi Tahun Melawat Terengganu berakhir dengan tragedi sebab tiba-tiba berlaku kejadian histeria.

Melalui video yang dikongsi oleh salah sorang individu di Twitter, korang dapat tengok masa penari tu tengah menari, tiba-tiba sorang individu melompat naik atas stage. Dia ikut menari dan kemudian bergelut dengan penari kat atas tu! Seram weh!

Lepas tu, seorang wanita kat bahagian penonton pulak jatuh terjelepuk dan mula menjerit. Terus je ramai yang bantu cuba tenangkan dia. Tapi memang payah sebab dia meronta-ronta dengan ganas. Naik bulu roma weh!

Ramai jugak netizen yang menambah dan menceritakan pengalaman seram dorang mengenai Ulek Mayang. Betul lah lagu ni memang dihantui.

Ul8
sumber: twitter

Ada pulak beberapa netizen yang komen cakap yang benda ni sebenarnya semua flash mob je. Laa macam tu pulak??

Ul9
sumber: twitter

Tak dapat dipastikan sama ada benda ni just lakonan je ataupun memang benar-benar terjadi. Tapi yang pastinya memang naik bulu roma bila tengok video tu.

Flash mob ke real ke, please lah jangan buat main-main dengan Ulek Mayang ni. Takut lain jadi dia!

Baca: “Hobi laki aku seru hantu!”

Ul10

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.