Kecoh sebelum ni kita dengar artis buat laporan atas artis lain, tapi kali ni isu berbeza difahamkan seorang pelakon bertindak buat laporan terhadap seorang usahawan kosmetik.
Perkara ini tular di media sosial pelakon Ezany Nizariff dan mendapat tumpuan netizen apabila dia memuat naik status laporan polis di Facebook baru-baru ni terhadap seorang usahawan yang ramai mendakwa ditujukan kepada Nursajat.
Menurut pelakon ini dia membuat laporan terhadap individu tersebut kerana telah mempersendakan agama Islam.
Pelakon ini pada masa sama menggesa agar pihak berkuasa ambil tindakan terhadap usahawan tersebut.
Susulan itu, ramai menyokong tindakan yang dilakukan Ezany dalam menjalankan tanggungjawabnya sebagai muslim.
Kewajipan seorang islam menjaga agamanya
Alhamdulillah terbaik bang teruskan