“Kami telefon tapi tiada tindakan” – Viral Video Wanita Luah Rasa Kesal Isu Bantuan Banjir Kepada Menteri

Tambah ke Sumber Pilihan
“Kami telefon tapi tiada tindakan” – Viral Video Wanita Luah Rasa Kesal Isu Bantuan Banjir Kepada Menteri

Bila satu kawasan dilanda bencana yang hebat, antara perkara pertama yang boleh kita lakukan ialah hulurkan bantuan buat mereka semampu yang boleh.

Meskipun kini hampir kesemua kawasan yang terjejas akibat banjir telah mendapat bantuan sewajarnya bukan sahaja dari agensi kerajaan namun pihak NGO dan individu perseorangan, masih ada yang kecewa dengan tindak balas kerajaan yang dikatakan lewat dalam menguruskan isu tersebut.


123530901 372877663931917 6316552945962730285 NSumber: mywilayah

“Kami telefon semua agensi kerajaan mohon bantuan tapi…” 

Menerusi satu rakaman video yang viral di Twitter, seorang wanita yang juga mangsa banjir meluahkan rasa kecewanya berhubung tindak balas agensi kerajaan dalam melaksanakan operasi menyelamat ketika kejadian banjir pada Jumaat lalu.

Wanita itu dilihat meluahkan rasa kesalnya kepada  Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Tan Sri Noh Omar ketika sesi lawatannya di kawasan terjejas, lapor Utusan Online.

Menurut wanita itu, dia telah cuba menghubungi banyak agensi menyelamat bermula tengah malam kejadian, namun hampa kerana tidak mendapat sebarang tindakan.

Tambahnya lagi, hanya Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) yang turun padang pada malam kejadian di Hulu Langat, namun tidak dapat menjalankan operasi secara menyeluruh kerana hanya mempunyai tiga buah bot.

Kami tersangkut pada hari kejadian dari pukul 12 tengah malam sehingga pukul 4.30 pagi.  Kami telefon semua agensi kerajaan mohon bantuan tapi tiada tindakan diambil ketika kejadian,” katanya.

20211219Hr24 Malaysia Hulu Langat Floods SeoSumber: MYtimes

Wanita berkenaan juga berkata, situasi itu sangat berbeza dengan banjir yang dialami pada tahun 2014 kerana bantuan datang dengan pantas. Dia juga berterima kasih kepada warga Indonesia yang dikatakan membantu mereka yang memerlukan keluar dari kawasan bencana.

Kalau tan sri nak tahu, (yang) hanya menolong kami ialah rakyat Indonesia, mendayung sampan sampai 3 orang untuk menyelamatkan anak kakak ini yang terperangkap atas bumbung rumah dari pukul 12 tengah malam hingga 4.30 pagi,” katanya.

“Wanita ini sangat sopan dalam meluahkan rasa kesalnya”

Video tersebut mendapat pelbagai komen dan pandangan netizen yang merasakan wanita itu walaupun dalam keadaan kesal dan marah, tetap berhemah dan tidak terbawa perasaan marah dalam menyatakan rasa kesalnya kepada menteri.

“Wanita ini sangat sopan dalam meluahkan rasa kesalnya kepada bekas Ketua MKN Selangor Noh Omar. Dia menceritakan bagaimana susahnya untuk meminta bantuan bila ia amat diperlukan. 

“Cara dia kawal amarah memang hebat” 

Apa-apapun bagi admin harapnya pihak kerajaan boleh take notelah dengan apa yang diluahkan wanita itu supaya dapat melakukan penambahbaikan di masa hadapan.

Dalam pada itu, sebaiknya kita janganlah menyalahkan mana-mana pihak kerana admin yakin setiap agensi kerajaan yang terlibat pastinya berusaha untuk melakukan yang terbaik dalam menyelamatkan mangsa banjir yang terkandas di kawasan mereka.

Semoga semuanya kembali pulih seperti sediakala. 

Baca: “Terbaik” – Dr Zul Melawat Gurdwara PJ, Beri Sokongan Kerana Bantu Mangsa Banjir Dari Ahad Lepas

Collage 36

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Syaida Ismail
Lagi tulisan Syaida
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Bunyi Penggera Kecemasan Terus Ke Telefon, Rupanya Ini Teknologi Di Sebalik Tabir MySiren
  2. “Asyik Genting dengan Cameron je” – Ini 9 Tempat Percutian Sejuk Yang Ada Di Malaysia
  3. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

“Kami telefon tapi tiada tindakan” – Viral Video Wanita Luah Rasa Kesal Isu Bantuan Banjir Kepada Menteri
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/kami-telefon-tapi-tiada-tindakan-viral-video-wanita-luah-rasa-kesal-isu-bantuan-banjir-kepada-menteri/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM