in

“Kami juga perlu dilindungi” – DG Hisham Rayu Pesakit Terus Terang Jika Bergejala

Untitled Collage 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menggesa mana-mana individu agar berterus terang mengenai status kesihatan mereka ketika berurusan dengan kakitangan hospital.


Memetik laporan Free Malaysia Today, gesaan itu diluahkan Dr Noor Hisham menerusi satu hantaran di laman Facebook rasminya hari ini.

Jangan TIPU frontlinersKAMI juga perlu dilindungi, kami ada keluarga, ada rakan2Jangan anaiya frontliners

Posted by Noor Hisham Abdullah on Saturday, December 26, 2020

Gesaan itu dibuat selepas seorang petugas kesihatan berkongsi luahan kerana dijangkiti COVID-19 gara-gara pesakit yang menipu status kesihatan mereka.

PESAKIT TIPU DI SARINGAN, PETUGAS KESIHATAN MENJADI MANGSA COVIDSeorang pesakit telah datang ke hospital dan telah…

Posted by Nur Marini Zainal on Tuesday, December 22, 2020

Menurut perkongsian yang dimuat naik pada 23 Disember lalu itu, seorang individu dikatakan datang ke sebuah hospital untuk menjalani pemeriksaan imbasan CT Scan.

Individu itu kemudian didapati positif COVID-19 menerusi imbasan tersebut, kerana keadaan paru-parunya sama seperti pesakit yang menghidap COVID-19.

Hanya selepas itu barulah individu terbabit mengaku telah mengalami gejala jangkitan, kira-kira seminggu sebelum itu. Akibat tindakan tidak bertanggungjawab pesakit itu, petugas perubatan tersebut kemudiannya telah disahkan dijangkiti COVID-19.

Kisah tersebut telah mendapat 14,000 perkongsian semula, selain turut menerima ratusan komen daripada pengguna media sosial.

 

Baca: “Ini suara petugas barisan hadapan” – [Video] Parlimen Kecoh Lepas MP Bintulu Tuduh Dr Noor Hisham ‘Takut Mati’

Capture 18 3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.