Sebelum ini, hubungan Neelofa dan PU Riz dikatakan ada masalah hingga ramai netizen membuat spekulasi selepas melihat ayat-ayat yang dimuat naik oleh adik beradik usahawan tersebut.
Sejak itu ramai yang tertanya-tanya tentang status hubungan antara PU Riz dan Neelofa ni.
Namun semalam, ketika sidang media melancarkan aplikasi terbarunya The Noor, Neelofa telah pun menjawab pertanyaan netizen dan mengesahkan yang hubungannya dengan pendakwah bebas, Haris Ismail masih baik.
Memetik laporan dari Berita Harian, Neelofa menjelaskan kontorversi yang berlaku bulan lepas hanyalah salah faham.
Alhamdulillah, hubungan kami baik-baik sahaja dan positif. Apa yang terjadi baru-baru ini, hanyalah salah faham.”
Katanya lagi, dalam setiap hubungan pasti ada turun naik dan cerita yang tak berasas hanya akan memburukkan keadaan.
Ada masa timbul salah faham yang mengganggu perhubungan. Tetapi kami berjaya tangani cabaran itu dengan baik.
“Kami banyak berbincang dan saling berkomunikasi. Kini semuanya semakin baik dan positif. Dalam hal ini, keluarga turut membantu.”
Bukan itu sahaja, Neelofa turut memberitahu yang hubungan keluarganya dengan PU Riz juga baik selepas pasangan ini memberi masa untuk keluarga bertenang dahulu dan menjelaskan perkara sebenar.
Alhamdulillah, hubungan keluarga dengan Harris baik. Dalam hal ini, kami berdua yang perlu bijak memainkan peranan.
“Ketika keadaan tegang, saya beri peluang kepada semua orang untuk bertenang terlebih dahulu.
“Kami selalu berkomunikasi mengenai jalan penyelesaian terbaik bagi kedua-dua pihak.
“Apabila semua orang sudah bertenang, barulah kami memainkan peranan. Kami terangkan situasi sebenar.
“Saya amat bersyukur kerana langkah yang diambil menjernihkan kembali keadaan. Sekiranya kami rapuh, tentulah keadaan tambah buruk.”
Mengenai ura-ura yang dia bakal bernikah pada Mac tahun ini, Neelofa mengatakan yang dia akan kongsi perkara tersebut tak lama lagi. Tambahnya dalam keadaan pandemik sekarang, agak sukar untuk pihaknya membuat rancangan perkahwinan.
Baca: “Trending” Nombor 1 Di Twitter, Hubungan Neelofa Dan PU Riz Ada Masalah?