in

Kalut Malaysia Henti Eksport Ayam, Rakyat Singapura Jual Produk ‘Limited Edition’ Hingga Cecah RM3.8 Juta

ayam juta juta

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Panik akibat Malaysia mengumumkan penghentian eksport ayam sebulan berkuatkuasa 1 Jun ini, sesetengah rakyat Singapura beralih ke platform jual beli barangan terpakai, Carousell, untuk mengiklankan produk berasaskan ayam sehingga ada yang mencecah harga RM3.8 juta.

carousellchickensg e1653703841291

Coconuts melaporkan, selain sepinggan nasi ayam Hainan (RM3,195), beberapa produk lain turut disenaraikan seperti popcorn ayam beku (RM1.9 juta) dan sekotak Chicken McNuggets berisi empat ketul nugget ayam (RM1,597).


Tidak cukup dengan itu, ada juga yang menyenaraikan produk ayam goreng KFC yang diiklankan sebagai produk edisi terhad dan jarang dijumpai. Harganya pula disenaraikan sebagai RM3.8 juta. Boleh beli rumah oi!

“Peluang terakhir nak rasa ayam sebelum ia pupus untuk generasi akan datang,” tulis netizen itu.

Tinjauan juga menemukan ada netizen yang menyenaraikan ayam segar dengan harga sekurang-kurangnya RM6,371 bagi berat dua kilogram.

Ada juga yang menyenaraikan produk 50 keping kepak ayam yang sudah  disalut dengan daun emas 24 karat dengan harga lebih RM30,000.

6d9a2260 dcd7 11ec b6ff c04f81f4aa6b e1653703889272limi

“Setiap kepak ayam disalut dengan 69 rempah rahsia sebelum digoreng dalam minyak yang panasnya boleh buat setan bangga,” tulis netizen lain.

Untuk pengetahuan, Singapura mengimport kira-kira 34 peratus bekalan ayamnya dari Malaysia dan sebilangan yang lain pula didapati dari negara Thailand, Australia, New Zealand, Brazil dan Amerika Syarikat.

Sumber: Coconuts

Baca: “Sekarang ni lagi banyak yang butuh pak” – [VIDEO] Kesal Harga Murah, Penternak Tekad Buang Semua Telur Ayam Dekat Sawah

telur10 e1653701596981

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.