in

“Sekarang ni lagi banyak yang butuh pak” – [VIDEO] Kesal Harga Murah, Penternak Tekad Buang Semua Telur Ayam Dekat Sawah

Telur10 E1653701596981

Tak dapat dinafikan sepanjang tempoh pandemik global Covid-19 ini ramai yang terkesan, ada antara rakyat marhaen sampai terputus bekalan makanan mereka kerana hilang sumber pendapatan.

Itu sebablah ada yang sanggup mencuri kerana dah mati akal, tak tahu kat mana nak ‘cekau’ duit. Bila melihat video yang berlaku di negara jiran ini, geleng kepala dibuatnya apabila telur yang masih segar dan elok dibuang begitu sahaja.

 

Buang sebab harga murah

Lelaki yang dikatakan dari Jawa Timur, Indonesia ini dipercayai seorang pengusaha telur ayam. Dikhabarkan, dia begitu marah kerana harga dagang yang ditawarkan itu murah.

20210125120518 1 Viral Video Pria Buang Telur Ke Sawah 002 Kurnia Azizah 20210125120516 1 Viral Video Pria Buang Telur Ke Sawah 005 Kurnia Azizah

Ini kerana menurut lelaki tersebut, dia mengeluh kos pemeliharaan begitu tinggi tapi pulangan modal tidak menguntungkan.

“Pakan semakin mahal, harga telur makin turun, makin turun. Masih dirawar (pedagang) makin murah, makin murah. Daripada dibuang murah, sekali saya buang saja sekalian.”

Dalam video itu, dilihat selepas lelaki itu merungut, dia mencampak telur-telur itu kedalam sawah padi dan dibantu oleh beberapa individu sementara perakam meminta untuk lelaki itu besabar, lapor sumber.

Ramai netizen dari negara tersebut sedih melihat pembaziran itu.

 

Sekarang ni lagi banyak yang butuh pak – Netizen

Telur Telur2 Telur3 Telur4 Telur5 Telur6

Telur7

Alahai, seriau min bila tengok, kalau lah disedekah dekat orang memerlukan lagi elok. Kalau dijual murah sekalipun ada juga pendapatan jika dibandingkan dengan mereka yang tak ada pendapatan langsung.

 

Baca : “Ada parents terpaksa bagi anak susu pekat…” – [VIDEO] Buat Trend TikTok, Founder Baju Dikecam Sebab Membazir Susu Anak

Susu

Sumber: YouTube
Sumber: YouTube