in

“Kalau tak boleh jaga budak, jangan kerja” – Tular Video Pengasuh Baling Barang Atas Bayi Sedang Merangkak

Kes Dera Di Tempat Asuhan Baling Barang Pada Bayi

Bukan sekali dua kita mendengar tentang kes dera yang berlaku di tempat jagaan kanak-kanak seperti taska dan rumah asuhan.

Meskipun isu seperti ini sudah mendapat perhatian pihak bertanggungjawab, ia masih juga berlaku kepada kanak-kanak yang tidak berdosa ini.

Terbaru kali ini tular di Twitter video yang memaparkan seorang pengasuh bertindak kurang waras dengan membaling objek keras ke atas seorang bayi yang sedang merangkak.

Dera 1

Baling Barang Bayi

Tidak pasti apakah tujuan pengasuh berkenaan bertindak sedemikian namun dapat dilihat melalui video itu, pengasuh itu secara tiba-tiba mengangkat objek berkenaan dan membaling ia ke arah bayi tersebut yang sedang merangkak di atas lantai.

 

“Apa tujuan dia buat macam tu?” 

Menerusi ruang komen, rata-rata netizen meluahkan rasa tidak puas hati dan marah dengan tindakan pengasuh tersebut serta berharap pihak berkuasa mengambil tindakan sewajarnya ke atas tempat asuhan itu.

Kecaman Netizen

Pun begitu, menerusi update terbaru dari Utusan Online, pihak polis katanya sudah menerima laporan mengenai kes terbabit.

Kejadian itu didakwa berlaku di sebuah taska di Bayan Baru, Pulau Pinang yang menempatkan kanak-kanak daripada usia bayi. Siasatan kini dijalankan di bawah Seksyen 3(1) Akta Kanak Kanak 2001.

Harap pihak polis dapat trace siapakah pengasuh yang bertindak sedemikian. Kasihan budak-budak teraniaya. 

Baca: Tengok Footage Anak Autism Dipukul, Ibu Anggap Alasan Pengasuh Tak Masuk Akal

Pengasuh

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter