in

“Kalau saya mati, tentu ibu akan kembali…” – Kanak-kanak Hidap Kanser Tulis Nota Menyentuh Hati

Zhang Feature

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tiada yang lebih memilukan buat orang tua selain daripada melihat anak mereka menanggung derita kesakitan ketika usia yang masih kecil. Tetapi, itulah yang berlaku kepada seorang kanak-kanak perempuan berusia 7 tahun dari Suibin, China ini.


Menurut The Star, Zhang Jiaye menderita sakit leukemia sejak 2016 dan lebih menyedihkan lagi, baru-baru ini dia telah membuat keputusan untuk berputus asa.

Zhang 1
sumber: the star

Satu cebisan nota yang ditulis Zhang telah menjadi tular di media sosial tempatan baru-baru ini. Difahamkan, kanak-kanak ini sudah menjalani 18 jenis rawatan selama setahun, menyebabkan ahli keluarganya menanggung hutang keliling pinggang. Rawatan yang menelan kos sebanyak 590,000 yuan (RM362,380) itu membuatkan keluarga mereka yang sememangnya tidak berkemampuan terpaksa menanggung beban.

Disebabkan tertekan dengan emosi dan keadaan kewangan yang tidak mengizinkan, ibu Zhang yang seharusnya memberikannya semangat telah melarikan diri dari rumah. Menurut WORLD OF BUZZ, ibunya meninggalkan keluarga mereka pada Julai 2017 dan masih tidak dapat dikesan sehingga kini. Sampainya hati….

Zhang 2
sumber: ifeng
Zhang 3
sumber: ifeng

Meskipun sentiasa kuat ketika menerima rawatan, melihat bapanya menitiskan air mata pada satu hari membuatkan Zhang sedih dan menulis sepucuk surat yang menyentuh hati ramai netizen.

Ini apa yang ditulis Zhang,

“Ayah, saya nampak ayah menangis senyap-senyap hari ini. Saya sangat sedih melihat perkara ini berlaku. Saya tahu ayah sudah mengeluarkan belanja yang banyak untuk merawat penyakit saya sehinggakan wang simpanan juga habis. Disebabkan ayah, ibu turut meninggalkan kita. Kalau saya mati, tentu ibu akan kembali dan kamu berdua akan gembira seperti dulu-dulu. Saya tidak mahu menerima rawatan lagi. Mari balik rumah, okay?”

Zhang 4
sumber: ifeng

Apabila kisah ini menjadi tular, netizen yang sedih dengan nasib keluarga Zhang mula menghulurkan sumbangan kepada mereka. Ternyata, sehingga kini 600,000 yuan (RM368,556) telah diterima hasil kutipan dari orang ramai yang mahu membantu anak kecil ini menerima rawatan. Bapanya, Zhang Mingliang berkata bahawa anak perempuannya itu tidak akan pernah berhenti berjuang dengan penyakit dihidapinya dan dia akan sentiasa berada di sisi anaknya itu.

Moga Zhang terus kuat untuk melawan penyakitnya dan sembuh seperti sedia kala!

Baca: Wanita Pelik Mengapa Bapa Pakai Baju Yang Sama Selama Lebih 20 Tahun. Rupa-rupanya…..

Bapa Baju

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.