“Kalau nak makan kena bukak semua dulu” – [VIDEO] Petugas Kesihatan Kongsi Cara Pakai Personal Protective Equipment PPE Frontliner Wabak Covid-19

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Kalau kita tengok frontliner atau petugas hadapan yang terlibat dengan wabak Coronavirus ni, memang berpeluh sebab mereka pakai personal protective equipment (PPE) yang berlapis-lapis.

Tak sanggup rasanya kalau kita yang berada di tempat mereka ini. Selain itu, PPE tersebut juga perlu ditukar untuk setiap pesakit. Kalau nak makan pun, mereka kena buka semua lapisan PPE itu terlebih dahulu.

Kali ini, Aniza Ibrahim, Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran dari Jabatan Kesihatan Negeri Melaka telah kongsikan video tutorial cara pemakaian PPE untuk penyakit berjangkit menerusi Facebook.

Di sini admin kongsikan antara langkah-langkah pemakaian PPE petugas hadapan kita ni.

#1 Bersihkan tangan dengan 6 langkah

Semua anggota kesihatan yang terlibat perlu mencuci tangan terlebih dahulu.

#2 Pakai boot cover 

Boot cover ini dipakai untuk melindungi kasut daripada kekotoran dan jangkitan virus sebab Coronavirus katanya boleh bertahan di permukaan sehingga 9 hari. Kuat betul virus ni kan. Macam takde kelemahan langsung.

#3 Cuci tangan lagi sekali 

Selepas itu, frontliner perlu mencuci tangan sekali lagi.

#4 Pakai topeng muka N95

Selalunya kita nampak topeng jenis ini ketika musim jerebu. Petugas kesihatan juga akan memakai topeng N95 untuk penyakit berjangkit sebab ia dapat melindungi si pemakai sehingga 95 peratus.

#5 Pakai head cover

#6 Pakai surgical 3-ply mask

Topeng ini yang selalu kita tengok orang pakai kalau keluar dari rumah. Harapnya stok topeng ini akan sampai secepat yang mungkin.

#7 Pakai face shields atau goggles

 

#8 Pakai sarung tangan getah 

Sarung tangan ini pula dipakai sebanyak 2 lapis. Selapis lagi akan dipakai selepas siap pakai plastic apron. 

#9 Pakai gown with cuff 

Kita selalu tengok petugas hadapan pakai baju yang berwarna biru ni kan.

#10 Pakai plastic apron 

Mereka ini siap kena pakai apron plastik lagi tau untuk lindungi diri daripada jangkitan. Korang tengok lah video tutorial ni.

Donning and Doffing of Personal Protective Equipment for Airborne and Droplet Transmitted Diseases oleh Unit Kesihatan Pekerjaan dan Alam Sekitar dengan kerjasama Bahagian Pergigian, Jabatan Kesihatan Negeri MelakaTerima kasih kepada semua yang terlibat dalam penghasilan video ini ❤#blackandwhiteworld

Posted by Cik Aniza Ibrahim on Tuesday, March 17, 2020

 

Mereka ada lebih kurang 10 langkah untuk pakai PPE ni. Jadi, korang bayangkan betapa penatnya mereka nak pakai benda ni je. 

Admin harap korang stay je kat rumah dan fikirlah tentang pengorbanan mereka untuk selamatkan negara kita daripada Covid-19 ni. 

 

Baca: “Umpama kat medan perang” – Ini Realiti Petugas Kesihatan Yang Jadi Frontliner Covid-19, Ramai Tak Tahu

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari: