Walaupun kes virus korona di negara kita dah mencecah 428 kes, masih ramai yang mengambil mudah tentang penyebaran wabak Covid-19. Dorang ni tak takut ke?
Ada juga yang tidak mahu menjalani pemeriksaan walaupun mereka sudah pun menunjukkan simptom-simptom penyakit itu. Betul-betul pentingkan diri sendiri lah diorang ni.
Kali ini, admin nak kongsikan kisah sebenar petugas kesihatan yang terlibat dengan kes virus korona ni. Dalam posting di Facebook, seorang jururawat yang dikenali sebagai Yazrafiq Yazraik telah menceritakan realiti bekerja sebagai frontliner Covid-19.
https://www.facebook.com/penmerahdotcomhq/posts/2691043591181072
Menurutnya, petugas kesihatan khas yang terlibat perlu memakai pakaian khas, Personal Protection Equipment (PPE) untuk mengambil sampel pesakit yang berpotensi dijangkiti virus korona.
Pakaian tersebut perlu ditukar untuk setiap pesakit dan setiap pesakit mengambil masa lebih kurang 45 minit untuk satu-satu prosedur. Korang imagine lah dia punya panas dan berpeluhnya duduk dalam baju diorang ni.
Kadang-kadang, masa yang diambil untuk merawat pesakit boleh mencecah sehingga enam jam. Bayangkan kena berdiri berjam-jam lamanya, kalau admin memang dah pengsan.
Selain itu, jururawat lelaki yang berkhidmat di Hospital Sungai Buloh ini juga mengatakan bahawa mereka juga menghadapi masalah kekurangan staff. disebabkan tindakan kerajaan terdahulu yang kurangkan pengambilan kakitangan baharu. Mesti penat diorang ni tak boleh nak dibayangkan dah.
So, korang yang pernah ke tempat-tempat yang high risk tu, tolonglah pergi hospital. Kesian doktor-doktor ni dah overworked.