in

“Kalau makan habis maunya bisu” – Makan Mi Samyang Pedas Separuh Mangkuk, Lelaki Ini Hampir Pekak

F3 4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ramai juga rakyat Malaysia yang suka makan pedas kan? Untuk peminat makanan pedas, makan Samyang Ramen iaitu sejenis mi segera dari Korea Selatan bukanlah suatu masalah. Ada jugak yang kata mi ni tak pedas pun. 

Namun, lain pula ceritanya dengan seorang lelaki dari London ni. Menurut The Sun UK, Reemul Balla yang juga seorang penulis telah menghadapi masalah sakit telinga selepas menghabiskan separuh mangkuk ramen tersebut. Mungkin dia tak tahan pedas kot. 


Ramen 3

Pada mulanya, dia telah membeli dua paket mi tersebut secara online di laman web Amazon. Difahamkan, dia terliur nak cuba makan Samyang lepas tengok video YouTuber iaitu Matt Stonie yang makan 15 paket mi segera ni. Fuh, tak berdesing ke telinga makan banyak-banyak? 

Menurut lelaki ini, dia berasal dari keluarga yang memang makan pedas dari zaman kanak-kanak lagi namun bila makan satu sudu mi Samyang ni, rasa pedas tu memang berapi.

Gigi saya berasa kebas dan rasa macam ada lava yang mengalir dalam perut saya. 

Walaupun pedas tak boleh bawak bincang, Balla tetap nekad menahan kepedasan untuk habiskan mi. Tapi, akhirnya, dia hanya mampu menghabiskan separuh mangkuk sahaja.

Menurut Balla lagi, dia tidak menafikan kesedapan mi tersebut. Bagi admin, Samyang memang sedap, cuma kalau korang tak tahan pedas, lebih baik jangan makan. Tak pasal-pasal kena bertapa dalam bilik air.

Ramen 1

Namun, keesokan harinya, Balla rasa telinga kirinya sakit terutamanya jika disentuh. Katanya, dia rasa macam ada jangkitan dalam telinga dan rahangnya juga sakit. Dahsyat betul penangan mi ni. 

Bukan itu je, dia juga tidak dapat mendengar dengan jelas selama dua hari manakala mukanya pula terasa panas. Mungkin ni lah yang dikatakan, makan pedas sampai berdesing telinga. Balla juga menyifatkan mi Samyang tersebut sebagai mi yang paling pedas dalam hidupnya.

Ramen 2

Lepas kejadian ni, dia sedar bahawa mencuba makanan pedas ni ada hadnya. Nasibnya baik sebab kesemua kesakitan itu beransur hilang dalam masa tiga hari.

Kalau tak, tak tahu lah apa nasib dia ni. 

Baca: Suka Makan Ramen? Baca Peringatan Penting Ni!

Ramen

Sumber: The Sun UK
Sumber: The Sun UK
Sumber: The Sun UK

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.