in

“Kalau kat mamak confirm best” – Suasana Riuh Raikan Kejayaan Malaysia Raih Pingat Pertama Olimpik Tokyo 2020

1Badminton

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Regu utama badminton negara Aaron Chia dan Soh Woi Yik berjaya melakar sejarah semalam selepas menjadi atlet pertama negara kita yang memperoleh pingat di Kejohanan Sukan Olimpik Tokyo 2020.


Bertemu regu dari Indonesia dalam penentuan tempat ketiga, Aaron dan Woi Yik berjaya menewaskan mereka sekaligus membawa pulang pingat gangsa untuk Malaysia.

Dalam pada itu, kejayaan Aaron dan Woi Yik itu disaksikan oleh rata-rata penduduk Malaysia yang menonton secara langsung di rumah. Seorang pengguna Twitter sempat merakamkan detik kemenangan dari balkoni rumahnya, korang boleh tengok video orang raikan kejayaan dalam tweet @pjoe_ kat bawah ni.

 

Tengok kat mamak mesti best!

Memang best lah match semalam. First set kita kalah, lepas tu menang second game dan rubber set. Memang puas hati weh tengok semalam walaupun berdebar sepanjang perlawanan tu. Tapi kalau dapat tengok kat mamak mesti lagi best kan.

Screenshot 2021 08 01 At 11.30.09 AmBetul! Min sangat setuju. Nak pulak mamak tu pasang screen besar kat luar. Memang bersorak lah semua yang tengok match tu kan. Ahhh rindu nak lepak mamak. 

Screenshot 2021 08 01 At 11.31.01 AmYang duduk kat apartment memang seronok lah. Sebab ramai-ramai orang tengok walaupun dari screen berlainan. Bila menang tu memang bersorak macam kat stadium. 

Screenshot 2021 08 01 At 11.31.43 AmJantung min semalam berdebar time rubber set tu walaupun tengok sorang-sorang kat rumah. Nasib baik menang, menjerit lah min sorang-sorang kat rumah. 

Screenshot 2021 08 01 At 11.32.47 AmItu lah, mesti dorang tak sangka sokongan macam ni yang kita bagi walaupun dari jauh je. Apa-apa pun tahniah untuk regu negara yang berjaya dapat pingat gangsa untuk Malaysia.

Screenshot 2021 08 01 At 11.37.10 Am

Min mewakili team Lobak Merah ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Aaron Chia dan Soh Woi Yik atas kemenangan dan berjaya memperoleh pingat gangsa untuk negara. Tahniah dan terima kasih!

Baca: Olimpik Tokyo:  Aaron Chia – Wooi Yik Kalahkan Beregu Badminton No, 1 Dunia, Mara Ke Separuh Akhir

Screenshot 2021 08 01 At 11.36.02 Am

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.