Tugas sebagai polis sudah pasti memerlukan ketelitian yang tepat supaya tidak akan menimbulkan salah faham ramai pihak. Kadang-kadang ada individu yang bertindak untuk mengelirukan pihak polis dengan membuat ‘kesalahan’ tapi sebenarnya tak pun.
Viral di Twitter dimana beberapa orang individu berjaya ditahan sewaktu serbuan di salah sebuah daerah di Indonesia. Sewaktu pihak polis membuat pemeriksaan kepada salah seorang daripada mereka, didapati terdapat sebuah bungkusan kecil yang mencurigakan disimpan oleh lelaki itu.
https://twitter.com/bintangforza/status/1267784196107325440
Kelihatan bungkusan itu macam bungkusan ‘dadah’ jenis syabu. Ketika ditanya oleh polis, lelaki ini dengan pantas menjawab itu hanyalah garam.
Ye lah.. mana ada orang jahat nak mengaku dia buat jahat kan..
Tak puas hati dengan jawapan lelaki berkenaan, salah satu daripada pihak polis cuba memeriksa bungkusan itu dengan menyalit sedikit serbuk itu di hujung jari. Sah ianya garam!
“Cuman gaya-gaya an om”
Itu jawapan yang diberikan oleh lelaki berkenaan ketika ditanya pihak polis untuk apa garam itu. Ye lah, polis pun syak lain macam kalau cara dia berpakaian dan bungkusan yang dia simpan pun mencurigakan ditambah lagi dia melarikan diri sewaktu serbuan.
Alahai.. macam-macam lah..
Kalau nak bawa garam pun rasanya ada cara lain nak dibungkus. Takyahlah simpan bungkusan yang boleh menimbulakan syak wasangka dengan orang lain.