in ,

“Buat hal lah packaging macam tu” – Rider Kena Tahan Time Roadblock, Bila Check Barang Delivery Rupa-rupanya…

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Pekerjaan sebagai seorang rider delivery memang agak berisiko lagi-lagi musim perintah kawalan pergerakan (PKP) ni sebab macam-macam boleh jadi. Ada yang ambil kesempatan mempergunakan rider atau runner untuk hantar barang terlarang atau mencurigakan.

Oleh itu, sebagai langkah keselamatan sudah pasti pihak polis akan mengambil langkah-langkah berjaga-jaga supaya kejadian yang tak diingini berlaku.

Namun, ada satu insiden yang berlaku kepada seorang runner. Kisah itu dikongsikan di Twitter  @HassrayMohamad dimana dia menunjukkan screenshot perbualan whatsapp yang difahamkan rakannya yang kerja sebagai runner ditahan oleh pihak polis waktu roadblock.

Apabila diperiksa, didapati ada beberapa bungkusan putih dan kuih donut di dalam bungkusan itu. Mengenangkan nasib takut ditahan pihak polis, runner tu pun call orang yang jual donut tu.

Eh, mesti lah menggelupur kalau dah kena macam ni. Runner pun tak sure barang apa yang dia hantar. Risau barang yang bukan-bukan je.

Polis pun dapat tahu apa serbuk putih yang dalam bungkusan tu lepas sorang polis non-muslim pergi check dan rupa-rupanya itu ialah gula untuk disalut dengan donut, bukannya barang terlarang.

Hahaha, buat hal betul kalau macam ni

Rata-rata netizen juga turut terhibur dengan insiden yang berlaku dengan runner tu.

Nasib baik polis tu tak tarik terus p balai

Okay ni kelakar

Aku terhibur!

Alahaii macam-macam hal pulak 

Baca : “Hantar roti canai dari PJ ke Gombak ” – Orang Guna Food Rider Untuk Buat ‘Delivery’ Dadah

 

 

 

 

 

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari: