in

“Kalau buat dari dulu kan senang” – Mulai 6 April, Caj Pengeluaran RM1 Di ATM MEPS Dikecualikan

Feature 4 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Walaupun perintah kawalan pergerakan telah diperketatkan berikutan tempoh PKP yang dilanjutkan, orang awam masih lagi boleh keluar untuk keperluan penting seperti membeli makanan dan mengeluarkan wang di ATM.


Kali ini admin nak kongsikan berita gembira kepada semua bahawa mulai 6 April iaitu Isnin hadapan, caj pengeluaran RM1 di semua mesin pengeluaran wang (ATM) MEPS bakal dikecualikan, lapor Harian Metro. Alhamdulillah, selamat seringgit kita weh.

Atm 2

Pengecualian tersebut diumumkan oleh Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini agar masyarakat tidak perlu bersesak untuk mengeluarkan duit di kaunter juruwang.

Namun, pengecualian ini hanya akan dikenakan sepanjang tempoh PKP sahaja. Maknanya, selepas ini, caj RM1 akan dikenakan seperti biasa. Boleh lah kan dari tidak dikecualikan langsung. 

Atm 1

Rata-rata netizen mempunyai pandangan yang berbeza mengenai hal ini.

Atm 3

Terima kasih kepada pihak kerajaan! 

Baca: “Jangan terima kalau dapat duit ni” – Wanita Ini Kongsi Duit Ada Kesan ‘Ink’ Rupanya Hasil Rompakan Dari Mesin ATM

Atm

Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.