in

“Jangan terima kalau dapat duit ni” – Wanita Ini Kongsi Duit Ada Kesan ‘Ink’ Rupanya Hasil Rompakan Dari Mesin ATM

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Korang pernah tak dapat duit yang ada kena kesan dakwat? Kalau ada orang nak bagi atau tukar, better korang elakkan.


Tular dekat laman Twitter mengenai beberapa keping duit ringgit Malaysia yang terkena dengan dakwat dan ia dikata merupakan duit hasil rompakkan.

Menurut @Chrissytwittwit, individu yang berkongsi mengenai perkara ini, dia menyarankan supaya orang ramai tidak menerima wang tersebut jika dapat daripada mana-mana sekalipun.

Kebanyakan mesin ATM di seluruh Malaysia telah di naik taraf dengan sistem baharu di mana jika berlakunya rompakkan terhadap mesin tersebut ia akan secara langsung menumpahkan dakwat dekat wang yang berada dekat situ.

Sumber: Twitter

Bila mesin ATM terkena impak yang kuat ataupun letupan ia secara automatik akan mengeluarkan dakwat ke atas duit dan secara tidak langsung perompak tidak boleh menggunakan duit tersebut.

Bagus sebenarnya usaha yang dibuat bagi membendung perompak dari merompak mesin ATM. Tapi, admin sendiri pun tak berapa pasti sama ada kaset ink ni dah ada dekat semua mesin ATM seluruh Malaysia ataupun belum.

 

Baca: “Habis duit saya dia kerjakan” – Suami Sebak Bank Account Dari RM90 Jadi RM13.50 Lepas Isteri Shopping Sakan Sale 11.11

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.