Dahulu kita pernah digembar-gemburkan dengan saintis Beijing cipta teknologi klon manusia. Tetapi cerita hanya sekadar cerita tentang kewujudannya masih tidak diketahui.
Sebelum ini kecoh di media sosial tentang pemimpin Korea Utara Kim Jong-Un telah mati kerana tidak kelihatan sepanjang April, secara tiba-tiba tular kisahnya menonjolkan diri di khalayak ramai semasa perasmian kilang.
Oleh disebabkan situasi berkenaan, tercetuslah sebuah teori konspirasi yang mendakwa Kim Jong-un yang dipertontonkan rakyat Korea Utara baru-baru ini bukan dirinya yang sebenar tetapi klon, lapor Mirror.
Sebelum beliau munculkan diri, ada yang mendakwa dia telah mati akibat Covid-19. Turut ada yang membangkitkan spekulasi kematiannya akibat pembedahan jantung.
Teori klon itu tercipta bila ada segelintir pihak ternampak klon menyerupai Jong-un pernah berdiri di sebelahnya ketika misi pelancaran peluru berpandu Hwasing-14.
Dorang cakap klon tu sebijik wey, seram!!!
Menerusi akaun Twitter CosmoCoCo00 dia ada memuat naik beberapa gambar yang membezakan antara Kim Jong-un dan klonnya.
https://twitter.com/CosmoCoCo00/status/1256866484581629952
Walaubagaimanapun, ada juga yang mendakwa gambar ini sebenarnya telah di ‘edit’ kerana beberapa anggota di kepalanya nampak seperti aneh.
Kalaulah tu benda betul, min tak tahu lah nak cakap apa. Meremang bulu roma tengok gambar ni.
Baca: Pemimpin Korea Utara Kim Jong-un Disyaki Telah Meninggal Dunia?