in

“Kalau berjangkit, kami boleh lawan!” – Tak Boleh Terima Kena #StayAtHome, Siap ‘Heret’ Anak Sekali Pergi Protes

Protest Lockdown E1632019775765

Pada 18 April baru-baru ini, kumpulan ‘anti-lockdown’ telah melakukan protes besar-besaran di Austin, Texas. Kesemua mereka tidak bersetuju dengan perintah lockdown di negeri itu. Meskipun negara itu telah mencatat lebih setengah juta kes jangkitan Covid-19 namun mereka tetap berdegil serta mahu perintah lockdown tersebut dibatalkan!

Menurut Business Insider, kumpulan itu juga terdiri daripada golongan anti-vaccine dan protes dilakukan di depan bangunan Capitol dengan mendesak agar perintah lockdown negeri itu tidak diteruskan.

Malah, ada yang sanggup ‘heret’ anak-anak ke tempat padat sebegitu sedangkan mereka tahu tentang bahaya Covid-19 yang mudah dijangkiti.

America1

America2

Salah seorang individu yang sertai protes itu bernama Jax Weaver telah hadir bersama anak perempuannya berusia 7 tahun. Katanya, dia tidak takut kalau dijangkiti virus bahaya ini.

Saya tak risau kalau dijangkiti virus ini. Kalau kami memang dijangkiti, saya rasa kami cukup sihat untuk melawannya.”

Ketua Infowars yang mengajurkan protes di Texas itu juga sempat melaungkan teori-teori konspirasinya sambil menaiki kenderaan yang bergerak di kawasan orang ramai berkumpul. Tonton video di bawah:

America6

Sebenarnya di beberapa negeri lain dekat Amerika Syarikat turut berlaku protes sebegini termasuklah Idaho, Virginia, Michigan, Florida dan Oklahoma.

Ternyata ramai rupanya rakyat Amerika Syarikat yang masih tidak pedulikan dengan pandemik Covid-19 ini. Walaupun dah terbukti dengan kes jangkitan melebihi setengah juta serta kematian akibat virus ini namun mereka memilih untuk menentang keputusan perintah lockdown.

America4

America5

Anggap jela dorang ni kumpulan berani mati, tak gitu?

Baca: Lebih Setengah Juta Rakyat AS Dijangkiti COVID-19, Tapi Mereka Masih Berdegil & Bantah PKP!

Untitled Collage 20

Sumber: Daily Mail
Sumber: Daily Mail
Sumber: Daily Mail