in

“Dia doakan saya mati ketika bersalin”- Wanita Dedah Perangai Suami, Dicerai Talak 3 Masa Usia Kandungan 3 Bulan

Untitled Design 6 6

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bagi seorang isteri, mengandung adalah kurniaan yang paling besar oleh tuhan tambah-tambah itu adalah cahaya mata yang pertama.


Apa yang dimahukan oleh seorang isteri yang mengandung pastinya adalah sokongan dan dorongan dari suami.

 

“Dulu masa aku nak bersalin, ex husb aku doakan aku mati time bersalin and tak mengaku anak yg aku kandungkan tu anak dia…”

Tapi berbeza kisahnya bagi seorang wanita yang hanya mahu dikenali sebagai gelaran Erin.

Menerusi perkongsiannya di twitter, Erin berkata dia ditinggalkan suami ketika sedang mengandung 3 bulan

Petikan Erin Censored 2

Bercerita kepada Lobak Merah, Erin berkata dia telah di cerai talak 3 ketika kandungan masih lagi 3 bulanallahu

Malah, katanya lagi bekas suaminya tidak ambil kisah langsung baik kesihatan dirinya atau kandungan.

Difahamkan ketika proses penceraian dia turun naik mahkamah dan menguruskan segalanya tanpa kerjasama dari pihak bekas suami.

Dulu kau susahkan aku time mengandung naik turun mahkamah dengan bawak perut sebab kau taknak bagi kerjasama, aku yang kena urus semua – Erin

Meskipun sebelum ini bekas suaminya pernah mengatakan yang dia tidak mengaku anak kandungan Erin adalah zuriatnya dan pernah mendoakan dia mati ketika bersalin, namun kini dia puas kerana muka anak mereka sebijik seperti muka bekas suami.

Lepas dah selamat bersalin kini suaminya mohon pula agar anak mereka itu ‘berbinkan’ namanya.

Eu Mfkjvaaewqfl Censored

Di akhir temu bual bersama Lobak Merah, Erin memberi nasihat apa sahaja ujian yang datang dalam hidup tetap kuat dan bangunlah.

Nasihat untuk orang dekat luar sana, apa sahaja ujian yang datang dalam hidup, tetap kuat dan bangunlah. Walau apa pun yang jadi, hidup perlu diteruskan dan jangan pernah putus asa. Maafkan masa silam dan maafkan diri sendiri. Jadikan dugaan tersebut semangat untuk kita agar dapat jadi lebih baik pada masa akan datang.” – Erin

Bagi ibu di luar sana anda adalah wira.

 

Baca: Tular Video Menyayat Hati, Mak Hanya Mampu Tengok Petugas KKM Bawa Anak 4 Tahun Positif Covid-19 Dari Tingkap Rumah

Annotation 2020 04 08 103504 2

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.