“Kalau aku jiran dorang aku panggil polis je” – Pasang Lagu Party Kuat-kuat, Konon Nak Tiru Negara Lain Tapi Memekak?

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Sebelum ini, semasa lockdown di Wuhan, tular video penduduk-penduduk di sana jerit kata-kata semangat sambil disambut oleh jiran-jiran di sekeliling.

Kemudian, di Itali pula, kelihatan penduduk-penduduk di satu kawasan perumahan menyanyikan lagu bersama-sama sambil mengetuk kuali dan periuk untuk memberi semangat dan sokongan moral pada satu sama lain.

Manakala di Maghribi, penduduk di sana memilih untuk berzikir dan melaungkan puji-pujian kepada Allah bagi mendapatkan semangat.

Di Malaysia pun tak kurangnya juga, seorang netizen kongsikan di Twitter dia pasang muzik kuat lagu ‘parti’ kemudian jiran-jirannya di apartmentnya itu sambung dan turut nyanyi sekali.

Pun begitu, beberapa netizen menyelar tindakannya ini kerana pasang muzik kuat waktu malam tanpa memikirkan jiran lain yang ada keluarga. Lagi pun tak semua dengar lagu macam ni?

Tak salah nak pasang lagu, tapi bagi admin pilihlah lagu-lagu yang ada unsur-unsur kerakyatan sikit. Lepastu buat masa siang, takdelah kacau orang lain nak tidur. Ye dok?

 

Baca: “Kita nyanyi lagu raya je lah” – Netizen Bagi Senarai Lagu Kalau Malaysia ‘Lockdown’ Macam Itali?

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Nadia Ghafar

Pendengar setia Willie Nelson