“Kita nyanyi lagu raya je lah” – Netizen Bagi Senarai Lagu Kalau Malaysia ‘Lockdown’ Macam Itali?

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Beberapa buah negara telah diarahkan untuk ‘lockdown’ berikutan dengan wabak Covid-19 yang semakin menular di seluruh dunia contohnya Itali, China, Denmark dan beberapa negara lain. Oleh itu, orang ramai dinasihatkan untuk stay dalam rumah sehingga keadaan kembali stabil.

Baru-baru ni, satu video viral di Twitter yang memaparkan satu kejiranan di Itali dimana mereka beramai-ramai menyanyikan lagu Roar daripada Katy Perry di koridor masing-masing sewaktu ‘lockdown’. Cara ni maybe salah satu cara untuk mereka berhibur sebab kena stay dekat rumah masing-masing.

Salah satu pengguna Twitter, @AchuNadia quote tweet tersebut dan mengatakan, kalau Malaysia pun ‘lockdown’ lagu apa perlu kita nyanyi ? Dan dia suggest lagu Gemilang daripada Jaclyn Victor.

Mungkin lagu tu boleh buat rakyat Malaysia happy sebab kena duduk dalam rumah je kan ?

Rata-rata netizen turut memberi respon di ruangan komen dan suggest lagu-lagu lain yang sesuai untuk dinyanyikan.

Kita nyanyi lagu raya je lah

Air mata syawal lah sebab takleh balik raya 

Banyak juga lagu yang netizen share untuk nyanyi kat rumah in case Malaysia kena lockdown nanti? Tapi harap-harap jangan sampai macam tu lah kan.

Baca : Dikuarantin Kerana Covid-19, Ini Cara Penduduk Itali Hiburkan Hati

 

 

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Fadilah Rofiie

Suka dengan aktiviti lasak. Juga penggemar makanan pedas, senang cerita tak pedas tak makan. Maybe lagi selesa pakai sneakers daripada heels