Setiap kali ada masa lapang, pasti ibu bapa tidak melepaskan peluang untuk membawa anak mereka pergi beriadah di tempat awam.
Ibu bapa juga perlu memastikan keselamatan anak untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku.
Tengah bagi ikan makan, tiba-tiba..
Menerusi hantaran video yang dimuat naik oleh @ahfadd di TikTok, seorang ibu dan dua orang anak perempuannya dilihat sedang berdiri di satu titi sebuah kolam sambil memberi makan ikan-ikan menggunakan roti.
Artikel berkaitan: “Jangan risaulah” – Bapa Bersuara Lepas Ditegur Doktor Bagi Anak Habiskan Semangkuk Gulai Kaki Ayam
Artikel berkaitan: Nak Beli Ke Nak Jual?, Anak Terkejut Ibu Siap Tolong Peniaga Ikan Di Pasar
Ibu tersebut juga sudah berpesan kepada anak perempuannya untuk berhati-hati dan tidak berdiri terlalu dekat dengan hujung titi itu untuk menjaga keselamatannya.
Tiba-tiba, satu insiden telah berlaku apabila salah seorang budak perempuan itu telah tergelincir dan terjatuh ke dalam kolam tersebut membaling cebisan roti.
Tanpa berfikir panjang, ibu tersebut terus masuk ke dalam kolam dan sempat mencapai tangan lalu mengangkat anaknya yang jatuh tadi.
@ahfadd Pesanan untuk setiap ibu bapa @ penjaga untuk sentiasa mengawasi pergerakan anak2 ketika memberi makan ikan di kolam, tasik, sungai & sebagainya… Nasib si ibu bertindak cepat terus terjun menyelamatkan anaknya tanpa berfikir panjang. Alhamdulillah…
Netizen kagum si ibu boleh kawal keadaan
Meninjau di ruangan komen dalam hantaran video tersebut, segelintir netizen berasa kagum dengan tindakan pantas si ibu yang dilihat tidak panik dan terus masuk ke dalam kolam untuk menyelamatkan anaknya.
Selain itu, ada netizen yang bersyukur kerana kolam itu tidak terlalu dalam jadi mudah untuk si ibu masuk dan memberi bantuan kecemasan.
Fuh.. tercabut jantung min tengok video ni.. respect mak dia laju je turun!
Sumber: TikTok