in

“Kalau ada yang nak kecam saya, biarlah”- Bintang TikTok, Coki Bakal Bergelar Pelakon!

Feat

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siapa tak kenal dengan Muhammad Danish Daniel, 15 tahun atau Coki yang namanya makin meniti di bibir peminat-peminat tempatan.


Coki yang sebelum ini pernah mencetuskan kontroversi, sekali lagi menjadi perhatian selepas dikatakan bakal bergelar pelakon apabila menerima tawaran sebuah telefilem yang bakal memulakan penggambaran tidak lama lagi,lapor Mstar.

Rupanya difahamkan Coki memang dah lama menyimpan angan-angan untuk menjadi pelakon sejak dibangku sekolah lagi.

Sebenarnya saya memang minat berlakon dan sejak dari darjah enam saya pasang impian itu, sebab itu saya buat Youtube sendiri dan muatnaik video di laman tersebut.

Katanya dia teruja bila ditawarkan berlakon telefilem tersebut malah telah buat banyak persediaan sebelum penggambaran.

3

1 1

Persediaan sebelum masuk set lakonan, saya banyak menonton drama dan filem untuk tengok cara lakonan pelakon lain. Dalam masa sama, saya ada belajar berlakon dengan penerbit telefilem ini sendiri.”

Malah dia juga menerima apa jua kritikan dan kecaman penonton pada percubaan pertamanya itu.

Difahamkan Coki menerima tawaran daripada penerbit AA Success Entertainment, Azman Ahmad bagi telefilem Syurga Ini Milikmu.

Bagaimanapun penggambaran telefilem dikatakan akan bermula selepas mendapat keizinan kerajaan, memandangkan masih dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

 

Cayalah coki!

Baca : Taksub kau lain macam dik; Malu Sikap Fans Wujudkan Agama Coki, Instafamous Ini Tampil Mohon Maaf

Baca

Sumber: instagram
Sumber: instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.