in

“Kalau ada amoi macamni aku nak masuk meminang” – Sudahlah Comel Lepas Tu Lancar Nyanyi Lagu Alif Ba Ta, Remaja Cina Dapat Pujian Netizen Ramai

Jawi Yen Yen

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dalam kekecohan isu tulisan jawi di kalangan masyarakat bukan Melayu yang tak menyetujui ia dimasukkan dalam silibus Bahasa Malaysia, nampaknya tak semua non-malays berfikiran demikian.


Baru-baru ni, viral di Twitter sedutan rancangan MHI berkenaan seorang gadis Tionghua yang sangat gemar dengan tulisan jawi. Video tersebut telah mendapat respon yang baik di kalangan netizen yang suka dengan sikap gadis ini dalam menuntut ilmu.

 

“I ingat lagu Alif Ba Ta…” 

Menerusi video tersebut, gadis bernama Ng Yen Yen dari Johor ini dengan selamba mengaku yang dia boleh nyanyi lagu ‘Alif Ba Ta’. Alaa lagu yang kita nyanyi masa kecil dulu masa mula-mula nak hafal huruf jawi tu. 

Bila diminta pengacara untuk menyanyikannya, Yen Yen tak nampak gugup pun dan menyebut satu persatu huruf jawi tersebut dengan betul.

Wah nampak comel je dia sebut satu-satu huruf jawi tu! 

 

Mula belajar jawi di usian 15 tahun, minat lepas tengok buku teks bertulisan jawi

Menerusi video penuh di Youtube MHI, Ng Yen Yen dari Sekolah Tinggi Keluang ni katanya mula belajar jawi ketika dia berusia 15 tahun iaitu semasa di Tingkatan 3. Sekarang Yen Yen baru saja tamat persekolahan dan sedang menunggu keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Tambah Yen Yen lagi, dia mula meminati tulisan jawi ni bila dia tertengok buku teks yang bertulisan jawi. Dari situ, dia belajar dengan rakan sekelasnya, Siti Maryam Mohd Kamal tentang huruf-huruf jawi.

Yen Yen 1

Yen Yen 2
sumber: youtube

Sungguhpun Yen Yen tak berapa boleh baca jawi, dia boleh tulis namanya sendiri dalam tulisan jawi tau!

Nah full video segmen MHI bersama Yen Yen kat bawah. 

 

“Malu siapa yang tak nak sokong tulis jawi dan belajar jawi. Tengok ada lagi Cina sayang Jawi” 

Rata-rata netizen macam jatuh cintalah dengan Ng Yen Yen ni dek kerana kecomelannya dan sikapnya yang suka dengan tulisan jawi.

Malah netizen juga sependapat dengan Yen Yen yang mana tak ada salahnya kalau kita nak belajar tulisan dari bangsa lain. Lagi tambah ilmu adalah.

Jawi
sumber: twitter

Harap kita dapat contohilah sikap Yen Yen ni kan. Sentiasa terbuka dalam menerima ilmu baru. 

Baca: “Setakat tiga helai je” – Dong Zong Nak Buat Persidangan Bantah Tulisan Jawi Yang Diperkenalkan Kementerian?

Dong Zong

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.