in

Kaki Makan Seafood KENA Cuba Restoran Baru di KL Ini!

Nice.catch

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dengar cerita, ada sebuah restoran baru menghidangkan makanan laut yang menggiurkan orang ramai. Ye ke? Apa yang menariknya, restoran ini terletak di Kuala Lumpur pulak tu!


Tengok ni, TERLIUR ke tak? Haaa…..

Nice 1

This Restaurant Offers Oysters, Crab, And Lobsters With A Twist And Malaysians Are Drooling - World Of Buzz 4

Nice 2

Nice Catch ialah sebuah restoran yang menyediakan pelbagai jenis makanan laut premium dengan kelainan yang tersendiri. Kelainan yang ditampilkan adalah dengan mempunyai sos segar istimewa buatan sendiri yang dibuat setiap pagi.

This Restaurant Offers Oysters, Crab, And Lobsters With A Twist And Malaysians Are Drooling - World Of Buzz 5

Terletak di tengah bandar Kuala Lumpur, Nice Catch yang dibuka di Pavilion menjanjikan kenikmatan kepada pengunjung dengan pelbagai pilihan appetizer, hidangan utama dan pencuci mulut di restoran mereka.

Terdapat pelbagai pilihan makanan dihidangkan tetapi hidangan istimewa anda WAJIB cuba di sini adalah Spicy Seafood Feast. Hidangan ini membenarkan anda memilih dan mencampurkan makanan laut berserta sayuran yang akan direbus bersama sos istimewa hot and spicy lemongrass. Ughhh cuba bayangkan kesedapannya!

Nice 3

Bukan tu je tau! Anda boleh pilih bahagian kaki Giant King Crab, udang galah Canadian atau Carribean serta bermacam pilihan lain di restoran ini. Anda juga boleh pilih tahap kepedasan mengikut kesukaan masing-masing tetapi hati-hati, pedas dia boleh tahan wow!

Mereka juga ada roti lembut yang digoreng untuk dimakan bersama hidangan tersebut. Cicah je dengan sos tu!

Nice 4

This Restaurant Offers Oysters, Crab, And Lobsters With A Twist And Malaysians Are Drooling - World Of Buzz 6

Jika anda kurang suka makan pedas, cuba order ‘Classic Grilled Catch of the Day‘ yang mengandungi Norwegian Salmon Trout istimewa. Lebih menarik lagi, ianya diterbangkan khas segar setiap minggu dari Norway!

Menu itu turut mengandungi udang yang lazat dan dihidangkan bersama nasi beraroma salsa berserta side yang berisi zucchini serta tomato ceri.

Bukan setakat itu, Nice Catch turut menghidangkan Pacific Oysters dengan harga RM23 SAHAJA untuk 3 ekor! Tapi, ianya hanya untuk masa yang terhad tau, so jangan ketinggalan! Murah tuuuuu!

Nice 5

Nice 6

Bagi melengkapkan hidangan, mereka turut menyediakan pelbagai jenis pencuci mulut yang enak dan paling disyorkan adalah ‘Crunchy Cookie & Berry Parfait’.

Nice 7

Dengan aiskrim vanila premium disaluti sos beri campuran buatan sendiri, parfait ini semestinya akan memuaskan selera anda. Oh, pencuci mulut ini juga dihidangkan bersama biskut coklat cip yang digoreng, rangup di luar tetapi lembut di dalam. Sedapnya!

This Restaurant Offers Oysters, Crab And Lobsters With A Twist And Malaysians Are Drooling - World Of Buzz 8

Kalau nak tau apa lagi yang  mereka hidangkan, boleh baca info lanjut di sini.

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.