in

Kajian: Lelaki Pertengahan Umur Yang Tak Mampu ‘Push Up’ 10 Kali Ada Risiko Penyakit Jantung

Cover 25

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siapa di sini selalu bersenam? Memandangkan pendemik Covid-19 tidak menunjukkan tanda-tanda reda di Malaysia, rata-rata daripada kita lebih memilih untuk melakukan senaman di rumah sahaja.


Min 27 27 694903

Tahukah anda, satu kajian terperinci telah dilakukan oleh sekumpulan saintis dari Universiti Harvard berkenaan senaman tekan tubi dan penyakit jantung.

Menurut kajian tersebut, lelaki pertengahan usia yang tidak mampu melakukan 10 kali senaman tekan tubi lebih berisiko untuk mendapat penyakit jantung.

Terdapat juga kajian yang menunjukkan individu yang mampu melakukan 40 tekan tubi mempunyai pengurangan 97% risiko penyakit kardiovaskular.

Hasil kajian lain pula mendapati, individu yang mampu melakukan 21 hingga 30 tekan tubi mempunyai satu perempat risiko mengalami penyakit jantung, berbanding dengan individu yang tidak mampu melakukan 10 tekan tubi.

916297 720

Senaman tekan tubi adalah senaman yang bagus untuk kesihatan berbanding dengan senaman-senaman lain seperti berlari dan lain-lain. Tekan tubi digunakan pengkaji sebagai kayu ukur kesihatan jantung seseorang.

Kajian menarik ini dilakukan terhadap 1,000 bomba di Amerika Syarikat, yang mula bekerja antara tahun 2000 hingga 2007. Purata umur untuk bahan kajian adalah 39.6 tahun, dan purata BMI pula adalah 28.7.

Firefighter Fireman Team Work Water Spray By High Pressure Nozzle Fire 46370 2812

Data-data rekod kesihatan ini digunakan untuk diagnosis penyakit kardiovasuklar dalam tempoh 10 tahun ahli bomba tersebut.

Bagaimanapun, kajian ini turut menerima kritikan apabila menggunakan bahan kajian (anggota bomba lelaki) yang rata-ratanya ialah individu sihat dan aktif.

Meskipun bahan kajian boleh dianggap mencukupi iaitu sebanyak 1,000 orang, kajian seperti ini perlulah dilakukan juga terhadap golongan kurang aktif dan golongan wanita.

Profesor Jemery Pearson dari British Heart Foundation berpendapat, kajian ini jelas menunjukkan seorang ahli bomba tidak mempunyai risiko tinggi untuk mendapat penyakit jantung dalam tempoh 10 tahun akan datang.

Fellow Jeremy Pearson Jeremy.pearson@Kcl.ac .Uk

Namun, kesannya mungkin tidak sama terhadap golongan wanita dan kurang aktif.

Buat anda yang jarang keluar rumah kerana pandemik, amalkan bersenam seorang diri di dalam rumah untuk menjaga kesihatan diri.

 

Sumber: Independent, Insider

BACA: Senaman Yang Paling Sempurna! Ini 5 Kelebihan Plank Yang Ramai Tak Tahu

Xx

Sumber: Maskulin
Sumber: ISMAWeb
Sumber: Freepik

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.