in

Buat BBQ Untuk “Lepas Rindu” Selepas Terpisah, 14 Ahli Keluarga Dijangkiti Covid-19

Gambar Hiasan 14

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Berpisah dengan keluarga semestinya sukar apatah lagi untuk jangka masa yang panjang. Pasti akan terasa perit jika terpaksa berjauhan dengan mereka yang selalu menemani dan sentiasa berada disisi.

Namun perasaan perit berjauhan itu bertukar menjadi satu malapetaka apabila sebuah keluarga di Texas terpaksa menerima rawatan apabila 14 orang daripada ahli keluarga tersebut dilaporkan dijangkiti dengan virus COVID-19, lapor Fox 4.


Menurut sumber, selepas terpisah selama beberapa bulan, keluarga tersebut telah merancang untuk berjumpa dan berkumpul sesama sendiri sambil mengadakan jamuan makan iaitu BBQ.

14 Family Members

Green dan pasangannya mengadakan pertemuan kecil untuk kedua ibu bapa mereka pada pertengahan Jun. Mereka berenam merasa sihat pada masa itu dan meneruskan kehidupan mereka. Beberapa hari kemudian, 14 orang dalam foto keluarga ini disahkan positif dengan COVID-19.

Difahamkan, tidak ada seorang pun dari mereka yang terus merasakan tidak sihat pada hari berkenaan. Beberapa hari kemudian, 14 orang daripada ahli keluarga tersebut telah disahkan positif COVID-19.

Lebih mendukakan lagi, salah satu dari ahli keuarga terbabit dilaporkan meninggal dunia dan ada yang sedang memerlukan alat bantuan pernafasan.

“Semua orang meyakinkan saya bahawa saya bukan punca kepada segalanya, tapi itu rumah saya,”

Susulan daripada itu, dia juga terpaksa dimasukkan ke dalam wad selama 3 hari selepas virus tersebut menyerang sistem sarafnya.

“Saya akhirnya terpaksa dimasukkan ke wad kecemasan dan mendapati bahawa saya juga turut dijangkiti dengan virus itu,”

Bapa mertuanya juga turut dimasukkan ke wad pada hari yang sama. Dan kemudianya, ibu mertuanya pula dimasukkan ke dalam wad tersebut. Pun begitu, ibu mertuanya telah dilaporkan meninggal dunia di hospital terbabit selepas 11 hari terpaksa bertarung nyawa sambil dibantu alat bantuan pernafasan.

Katanya, tindakan yang paling dikesalinya adalah ketika mereka berkumpul, mereka tidak memakai pelitup muka.

Keluarga itu kini sedang menumpukan perhatian kepada bapa mertua yang masih lagi dirawat di dalam wad dan dia kini dilaporkan masih sedang bergantung hidup kepada alat bantuan pernafasan.

Baca: Terkejut nampak kelawar dalam sup –  Takut Dijangkiti Coronavirus, Satu Keluarga di Wuhan Bergegas Ke Hospital Buat Test Covid

12 2

 

Sumber: Fox 4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.