in

Kahwin Dengan Budak Tapi Denda Banyak Ni je?

Page N

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Perkahwinan kedua mempelai yang melibatkan seorang lelaki berumur 41 tahun dengan seorang budak bawah umur telah menjadi berita yang hangat diperkatakan di Malaysia pada minggu lepas.


Rata-rata marah dengan penyatuan antara Che Abdul Karim dengan isterinya yang berusia 11 tahun yang juga merupakan isteri ketiganya. Ramai juga yang mengharapkan agar tindakan undang-undang akan diambil ke atas peraih getah berkenaan.

Hy 1
sumber: blog

Terbaru, menurut WORLD OF BUZZ, lelaki tersebut telah dikenakan denda sebanyak RM1,800 sahaja di atas kesalahannya iaitu berkahwin dan berpoligami tanpa kebenaran.

Menurut Projek MM, Che Abdul Karim mengaku kesalahannya selepas dikenakan dua pertuduhan dengan setiap satunya dikenakan denda RM900 di Mahkamah Rendah Syariah Gua Musang.

Bagi pertuduhan pertama, dia didakwa di bawah Seksyen 19 manakala pertuduhan kedua di bawah Seksyen 124 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam 2002 Kelantan.

Peruntukan tersebut masing-masing membawa hukuman maksimum RM1,000 atau penjara dua bulan dan kes tersebut dikendalikan oleh Hakim Mohd Surbaineey Hussain

Ju
sumber: blog

Sementara itu, organisasi tempatan seperti Sisters in Islam (SIS) dan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) turut bersuara menentang perkahwinan mereka dan menyeru supaya perkahwinan kanak-kanak bawah umur harus diharamkan di negara ini tanpa pengecualian dan mahkamah tidak sepatutnya memberikan persetujuan terhadap perkahwinan tersebut.

Selain itu, baru-baru ini, menurut Berita Harian, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail memberitahu kerajaan menegaskan komitmennya untuk menaikkan had umur perkahwinan daripada 16 tahun kepada 18 tahun bagi lelaki dan perempuan.

“Semua pihak terbabit sedang giat membincangkan mekanisme pelaksanaan sebelum ia dimuktamadkan dalam masa terdekat.”

Harapnya lepas ni tindakan akan diambil supaya kanak-kanak dilindungi dan tidak terjebak dengan perkahwinan bawah umur ni. Apa pendapat korang pasal ni?

Baca: Bapa Perjelas Anak Bukan 11 Tahun Pulak?

Page Kawen 758X399 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.