in

Bapa Perjelas Anak Bukan 11 Tahun Pulak?

Page Kawen

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ni rakyat Malaysia dah dikejutkan dengan berita seorang lelaki berusia 41 tahun telah berkahwin dengan seorang budak perempuan berusia 11 tahun.


Rata-rata memarahi lelaki tersebut, Che Abdul Karim Che Hamid dengan tindakannya yang mengahwini seorang budak bawah umur walaupun telah mendapat persetujuan keluarga dan budak itu sendiri untuk berkahwin dengannya.

Q1
sumber: blog

Masih kecoh dan mendapat perhatian ramai termasuk pihak polis dan ahli politik, bapa kepada kanak-kanak itu, Madroseh Romsadsa, 49, cuba perjelaskan bahawa anak perempuannya itu sebenarnya berusia 12 atau 13 tahun kerana mereka tangguhkan pendaftaran kelahirannya, lapor WORLD OF BUZZ.

Marriage2 1
sumber: wob

Madroseh turut memberitahu bahawa anaknya itu dah pun baligh sejak tahun lalu.

“Sejak tahun lepas, Ayu sudah mencapai baligh dan secara fizikalnya dia tidak kelihatan seperti budak berusia 11 tahun, kerana saya daftar kelahirannya lambat.”

Kata bapa itu lagi, isterinya Ameenoh Hitae, 47, tinggal bersama dengannya di Gua Musang, Kelantan tetapi kembali ke Thailand untuk melahirkan anak mereka, Ayu. Dia juga turut menjelaskan Ameenoh pulang semula ke rumah mereka di Kelantan semasa anak mereka berusia kira-kira 2 bulan.

Marriage E1530760112904 1
sumber: wob

Bukan itu sahaja, Madroseh Romsadsa turut mengatakan bahawa dia bersetuju dengan perkahwinan anaknya dengan lelaki yang jauh lebih tua kerana itu merupakan perkara yang sah di sisi undang-undang di negara mereka.

“Saya akan berikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak polis dan mana-mana agensi yang berkaitan.”

“Saya takkan lari kerana kami tak melakukan kesalahan. Di Thailand ramai yang kahwin di usia bawah umur.”

Sementara itu, pihak polis sedang menjalankan siasatan untuk kes ini. Ketua Polis Negeri Kelantan Datuk Hasanuddin Hassan memberitahu walaupun tiada unsur jenayah yang berlaku, namun, kes ini masih dibuka atas dasar kanak-kanak itu masih di bawah umur.

Kenapa nak kena jelaskan? Kalau umur 12 atau 13 tu kan masih dikira bawah umur.

Baca: Perkahwinan Bawah Umur Perkara Biasa di Pedalaman Sarawak

Capturet 758X399 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.