in

‘Kagum’ Dengan Pakaian Dalam Wanita, Lelaki Kantoi Mencuri Ratusan Jenis Pakaian Dalam Sejak 2 Tahun Lalu

Ft Seluar Final

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

‘Hobi’ pelik! Inilah yang berlaku di bandar Chiang Mai, Thailand baru-baru ini apabila polis berjaya menahan seorang lelaki yang ‘mengumpul’ beratus jenis pakaian dalam wanita dalam sebuah beg yang didakwa telah dicuri.



 

Curi pakaian dalam wanita sejak dua tahun lalu

Menurut laporan Kosmo! yang memetik portal The Thaiger, lelaki yang berusia 25 tahun yang dikenali sebagai Fang itu dikatakan telah mencuri pakaian dalam wanita tersebut sejak dua tahun yang lalu.

Menurut jurucakap polis, kegiatan lelaki itu akhirnya ‘kantoi’ selepas seorang wanita yang menginap di sebuah hotel di bandar itu telah membuat laporan polis gara-gara beg pakaiannya telah dicuri.

 

Ratusan helai seluar dalam wanita!

Melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di sekitar hotel, polis berjaya mengesan dan mengenal pasti identiti suspek. Beberapa orang anggota polis kemudiannya telah dikerah ke rumah suspek dan menggeledah kediaman tersebut.

Polis temui beg mangsa bersama ratusan helai seluar dalam wanita! 

Feat Seluar

Susulan penemuan itu, polis kemudiannya telah menahan suspek dan dia mengaku telah mencuri kesemua baju dan seluar dalam wanita itu.

Suspek mengaku telah melakukan kerja-kerja tersebut sejak dua tahun lalu dan kebanyakan pakaian dalam berkenaan dicuri dari kedai dobi layan diri.

 

‘Kagum’ dengan pakaian dalam wanita

Bukan itu sahaja, apa yang lebih mengejutkan, lelaki berkenaan mengaku berasa ‘kagum’ dengan pakaian dalam wanita.

Aduhai, dia nak simpan buat koleksi ke apa? 

Untuk pengetahuan korang, ini bukan pertama kali kejadian sebegini berlaku di Thailand. Sebelum ini, terdapat juga seorang lelaki penghantar makanan di Chiang Mai telah mencuri pakaian dalam wanita ketika sedang melakukan penghantaran pesanan. Melalui CCTV, lelaki berkenaan bertindak mencuri pakaian dalam yang disangkut di ampaian sebelum menghidunya dan memasukkan ke dalam jaket yang dipakainya.

Pada Januari lepas pula, seorang lelaki ‘psiko’ juga berjaya ditahan oleh pihak polis selepas ‘kantoi’ mencuri sebanyak 1,400 helai pakaian dalam wanita di Bangkok. Apa yang lebih menakutkan, dia mengaku bahawa

Bau pakaian dalam wanita buatkan saya rasa gembira. 

Baca: “Underwear pun nak curi ke?” – Rakaman CCTV Kantoikan ‘Aksi’ Tukang Cermin Curi Seluar Dalam Wanita Baca Seluar

Sumber: Kosmo!

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.