“Jom saya ajar perbezaan..” – Geram Terpalit Kontroversi Aliff Aziz, Aliff Syukri ‘Sekolahkan’ Netizen

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



“Jom saya ajar perbezaan..” – Geram Terpalit Kontroversi Aliff Aziz, Aliff Syukri ‘Sekolahkan’ Netizen

&nbsp
 
00:00 /
 
1X

Semalam kecoh tentang kes Aliff Aziz kantoi curang sekali lagi dengan seorang gadis TikTok berasal dari Sarawak bernama Nismell. Bukan itu saja, Bella Astillah juga akhirnya buka mulut dan memaklumkan dia sudah serik serta mahu mulakan hidup baru dengan anak mereka, Ayden Adrean.

Sumber: Twitter

Kalau dulu masa Aliff Aziz kantoi curang, Alif Satar terkena tempias dan netizen tersalah sampai dia kena maki dengan teruk. Tapi, kali ni, Aliff Syukri pun terpalit sekali dalam kontroversi Aliff Aziz.

Disebabkan tak tahan kena maki dan hina, Aliff Syukri tampil buat video dekat Instagram ‘sekolahkan’ netizen yang taktau beza antara dia dan Aliff Aziz. Memang win!

Ini Aliff Aziz, ini Aliff Syukri.”

Sumber: Instagram

Dalam video tu, Aliff Syukri dilihat memegang sekeping gambar Aliff Aziz. Sambil menyebut nama, Aliff menunjukkan jari memberitahu mana satu dia dan mana satu Aliff Aziz.

Lepas tu dia bertanya sama ada netizen atau tidak membezakan antara mereka berdua.

Sekarang ni saya ajar anda dan ikut apa saya cakap.”

Dah rasa macam tengok Dora the Explorer plak. Haha!

Dekat caption video tu di Instagram, Aliff siap minta tolong supaya netizen jangan salah komen di page orang lain. Dia juga beritahu tujuan video tu dibuat adalah sebab dia dah penat baca cacian dan makian netizen dekat ruangan komen.

Disebabkan ramai orang komen jadi saya bagi penerangan pada semua. Jom saya ajar ini perbezaan saya dan Aliff Aziz. Cuba tengok gambar betul-betul, kan berbeza hidung, gigi, mata semua…”

Sumber: Instagram

Mengakhiri video pendek tu, Aliff Syukri juga sempat berpesan supaya netizen mendoakan yang baik-baik serta jangan mengata orang lain. Dia juga mendoakan agar Aliff Aziz kekal bahagia.

Saya doakan Aliff yang ini (Aliff Aziz), semoga berbahagia hingga ke Jannah. Jangan kecam orang, jangan kutuk orang. Kalau kena dekat batang hidung sendiri, baru anda tahu. Doa yang baik-baik sahaja.”

Tonton video tu dekat bawah ni:

Sumber: Instagram

Banyaknya nama Aliff dalam artikel ni….

Baca: “Saya akan move on tanpa Aliff” – Bella Astillah Akhirnya Buka Mulut

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Sue Idris

Seorang ibu. Siapa cakap anak aku tak comel siap eh!