Sebelum ini kecoh tentang ‘mangkuk letak makanan’ yang dikatakan mencecah puluhan ribu. Perkara ini menjadi perbualan mulut netizen di sosial media hingga ada yang pamerkan koleksi sendiri. Memang untung siapa yang ada…
Kali ini, sebuah buku yang lama yang dipercayai dijumpai di dalam tong sampah telah dijual pada harga RM180,000 melalui lelongan dalam talian di Brishton Hall, Stafforshire, lapor Sinar Harian.
Buku yang dikatakan itu adalah, buku ‘Harry Potter and the Philosoper’s Stone’ edisi pertama yang berkulit keras.
Difahamkan, buku ini hanya terdapat 500 buah sahaja yang berkulit keras. Kebiasaannya buku ini akan dihantar ke sekolah dan perpustakaan.
Menerusi BBC, seorang guru di London telah menemui buku itu di tong sampah bersama dengan dua edisi pertama kulit lembut.
Pada awalnya, buku itu dilelong dengan harga (RM 42,888 – RM64,347) kerana ada beberapa kerosakan.
Selepas petempuran lelongan, buku ini berjaya dijual dengan harga ratusan ribu.
Pengurus lelongan, Hansons menyatakan buku edisi pertama kulit keras ini dikirakan barang ‘rare’.
Sangat mengagumkan apabila melihat proses buku-buku Harry Potter berlangsung dengan baik dan mencetuskan tawaran sengit” – Hansons
Buku tersebut adalah salinan ketiga yang dijumpai oleh mereka. Mungkin dulu buku ini dah dijual melalui ebay dan ada rakyat Malaysia dah beli, kita tak tahu.
Jadi sesiapa yang memiliki buku ini dan mahu menjualnya, ini syarat yang anda perlu tahu tentang bagaimana buku itu akan dinilai sama ada edisi pertama atau tidak.
- Penerbit mestilah dari Bloomsbury
- Pastikan tarikh hak cipta pada tahun 1997
- Ini paling penting semak muka surat 53, jika ada perkataan ini maka itu ialah buku edisi pertama.
“1 wand” dicetak dua kali dalam barang senarai Harry sebelum masuk ke akademi
Bagi peminat setia Harry Potter, cuba korang semak mana tahu ada terbeli tapi tak perasan?