in

“Jokowi sepatutnya fokus selamatkan rakyat dari banjir, bukan salahkan rakyat buang sampah”- Gabenor Jakarta

FEATURED 14

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebelum ini Presiden Indonesia, Joko Widodo atau mesra dipanggil Jokowi ada membuat kenyataan menyalahkan budaya membuang sampah merata-rata menjadi punca kepada permasalahan banjir di bandar raya itu.

1 9
Sumber: Sinar Harian
006176700 1556094163 20190424 Sampah di Pintu Air Manggarai Dibersihkan TALLO 9
Sumber: Liputan6

Namun dakwaan itu disangkal Gabenor Jakarta, Anies Basweden malah meminta Jokowi untuk meneliti semula dakwaannya itu, lapor Sinar Harian.


Katanya, Jokowi sepatutnya fokus dalam usaha untuk menyelamatkan rakyat yang terperangkap banjir, bukannya menyalahkan rakyat kerana membuang sampah.

Setahu saya tidak ada banyak sampah di sini. Kalau begitu, daerah lain mengalami banjir juga berlaku sebab sampah jugalah? Rasanya tidak, banjir yang kini berlaku banyak faktornya dan kita pemimpin perlu menyelesaikan masalah ini dengan segera.

“Banjir di setiap kawasan dan daerah berbeza kerana masalah di sesetengah tempat seperti faktor hujan yang banyak, saluran longkang kecil dan pelbagai lagi masalah, namun hasil penelitian awal ia bukan bermula daripada permasalahan sampah,”

Presiden Indonesia itu sebelum ini ada memberitahu bahawa permasalahan utama bukan sahaja pada ekosistem atau ekologi, namun paling penting sikap membuang sampah bukan pada tempatnya.

Baca : Indonesia tak masuk campur urusan konflik di Uighur- Penasihat Presiden Indonesia

INDO

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.