in

“Indonesia tak masuk campur urusan konflik di Uighur”- Penasihat Presiden Indonesia

Featured 40

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Indonesia tidak akan campur tangan dalam dakwaan penganiayaan kaum muslim Uighur di China.



Itu kenyataan yang diberikan penasihat presiden terhadap konflik yang berlaku di wilayah Xinjiang ketika ini, lapor TheJakartaPost.

Ketua Staf Kepresidenan Indonesia, Moeldoko berkata kerajaan tidak perlu masuk campur dalam urusan negara lain, sekaligus menyifatkan konflik Uighur sebagai isu dalaman China.

30621 12183125122019 Moeldoko 1
Sumber: blog

Setiap negara mempunyai hak kedaulatan masing-masing untuk menguruskan rakyatnya sendiri, jadi kerajaan Indonesia tidak akan campur tangan dalam urusan dalaman China”

Dalam laporan sebelum ini kerajaan China nafi melakukan penindasan terhadap etnik minoriti Uighur sebaliknya mengatakan ‘kem tahanan’ tersebut sebagai tampat pendidikan semula dan latihan vokasional kepada etnik minoriti dan miskin di sana.

P07W3Rdd
Sumber: blog
Fb2B2F4A893C4E2C94A83863De2A5C6D
Sumber: blog

Sementara itu Pengerusi Muhammadiyah, Haedar Nashir yang merupakan salah satu kumpulan islam terbesar di Indonesia baru-baru ini ada menegaskan yang kerajaan harus adil dalam isu tersebut walaupun hubungan dengan negara lain jadi rumit.

Jika wujud sebarang diskriminasi, katanya Indonesia perlu bertindak selaras dengan mandat Perlembagaan 1945 untuk mengekalkan keamanan dunia berdasarkan kemerdekaan dan keadilan sosial.

“Kami meminta Indonesia juga mengambil pendirian tegas”

Bagaimanapun Moeldoko tetap mengatakan kerajaan tidak akan campur tangan dalam isu tersebut.

“Saya fikir ia ada penerimaan antarabangsa untuk tidak campur tangan dalam urusan negara lain”

 

Baca : China telah lakukan kejahatan paling keji-[VIDEO] Ulama Uighur Rayu Pemimpin Islam Dunia Buka Mata

Ulama

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.