in

Jijik! Rakaman CCTV ‘Stranger’ Masuk Rumah & Cuba Cium Budak Perempuan

PEDO FI

Sejak kebelakangan ni, isu jenayah terutama sekali isu pedofilia bukan lagi dianggap luar biasa dan ia semakin menjadi-jadi dalam kalangan masyarakat.

Bukan tu je, golongan seperti wanita, orang tua dan kanak-kanak sering menjadi mangsa sebab mereka selalu dianggap sebagai golongan yang lemah dan tak mampu nak lindung diri sendiri.

Walau bagaimanapun, kes ini bukan je berlaku di Malaysia malah turut berlaku di negara seberang, Indonesia. Menerusi perkongsian Instagram @memomedsos ini, tular satu video yang telah mendapat lebih 78k views. Seram sejuk min bila tengok video ni tau!

12345

123

Dalam video tersebut, dapat diperhatikan seorang ‘stranger’ tengah berlegar-legar kat salah sebuah kompleks perumahan dan tanpa disangka-sangka, lelaki tu datang dekat dengan kanak-kanak perempuan tu dan terus cuba untuk menciumnya.

Nasib baik belum sempat jadi apa-apa,  wanita yang dipercayai ibu kepada adik ni terus halau lelaki tersebut. Tapi, lelaki ini siap boleh tersengih lagi lepas tu!

Menjengah ke ruangan komen Instagram, rata-rata netizen meluahkan rasa marah dan tak puas hati dengan perbuatan lelaki terbabit yang dianggap sangat jijik dan tidak senonoh.

Untung bapanya tiada, kalau ada dah kena parang orang tu” – Komen netizen

komentor

Ada juga netizen yang seram dengan kelakuan tak bermoral ‘stranger’ tersebut dan menasihati supaya jangan bagi kanak-kanak main di luar kecuali pagar tu dikunci.

Jadi untuk korang kat luar sana, hati-hati tau walaupun korang hanya ada kat halaman rumah. Ingat tu!

Baca: “Dia ugut tak bagi duit belanja” – Wanita Kongsi Kisah Ayah Pedofilia, Adik Beradik Hidup Menderita

PEDO BAWAH

Sumber: Instagram
Sumber: Instagram
Sumber: Instagram