in

“Dia ugut tak bagi duit belanja” – Wanita Kongsi Kisah Ayah Pedofilia, Adik Beradik Hidup Menderita

Ayah Pedo Anak Trauma

Bukan mudah untuk meneruskan kehidupan yang penuh trauma apabila pernah menjadi mangsa kepada seorang ayah yang merupakan pedofilia.

Kesannya sangat mendalam sehinggakan walaupun sudah bertahun-tahun perkara tersebut berlalu, ia tetap menjadi kenangan hitam di dalam kehidupan.

 

“Hari gelap buat saya adalah bila saya tahu ayah seorang pedo” 

Menerusi posting Twitter personaliti TV, Fedtri Yahya, dia telah berkongsi pengakuan seorang wanita akan kisah gelap dalam hidupnya apabila mendapat tahu bahawa ayahnya seorang pedofilia.

Menurut mangsa, dia yang mempunyai 8 orang adik beradik perempuan telah dicabul oleh ayah kandung mereka sendiri. Namun apabila mereka bercerita mengenai hal tersebut kepada ibu, mereka hanya dituduh ‘bermimpi’.

Kami 8 adik beradik perempuan. Hampir semua kena cabul dengan ayah. Adik saya cerita dekat mak. Mak saya tuduh adik saya mimpi.

“Sejak haritu semua orang pun buka cerita apa yang ayah pernah buat. Mak ugut nak bunuh diri kalau kami report polis,” katanya.

 

“Dia ugut tak bagi duit belanja untuk kami belajar” 

Tambahnya lagi, mereka yang masih muda pada ketika itu agak buntu dan tidak tahu hendak mengadu dengan siapa atau berbuat apa.

Lalu mereka pun bertahan sehingga habis belajar dan lebih menyedihkan apabila rahsia si ayah sudah terbongkar, lelaki itu mengugut untuk tidak mahu memberi duit belanja untuk melanjutkan pelajaran.

Pexels Kat Smith 568027

“Masa tu kami masih muda. Tak tahu nak minta pertolongan siapa. Kami bertahan sampai kami habis belajar dan pesan adik-adik jaga diri sendiri. 

“Kami betul-betul tak tahu nak buat apa. Dengan ayah pedo dan tak bertanggungjawab. Bila dia tahu kami semua dah tahu perbuatan dia. Dia ugut tak bagi duit belanja untuk kami belajar,” katanya lagi.

Kini pengadu sudah berusia 30 tahun dan adik-adiknya pun ada yang sudah berkahwin juga. Kisah dicabul masa kecil itu tetap menjadi trauma buat diri mereka.

Ibu mereka pula masih dengan ayah dan meminta mereka untuk maafkan serta taat dengan lelaki itu.

 

“Ayah? Berubah?” 

Lebih mengejutkan lagi, wanita ini memberitahu yang adiknya mendedahkan bahawa ayah pernah berjumpa bomoh dan cuba ‘bodohkan’ ibunya.

Adiknya juga dipaksa untuk meletakkan sesuatu di dalam minyak masak di rumah sebelum ibunya selepas itu diserang angin ahmar. Alasan bapanya benda yang diletakkan di dalam minyak masak itu adalah ‘untuk keluarga kita bahagia’.

Saya tunggu adik-adik keluar jauh dari abah. Saya beli rumah untuk mak duduk. Supaya hidup dia tak terabai. 

“Ayah dah jual semua harta pusaka dia. Dan balik rumah isteri pertama. Harta untuk kami ayah tak tinggal. Tinggal trauma dan hutang untuk kami,” katanya lagi.

Menurut mangsa, dia ingin memohon bantuan kewangan untuk membiayai pengajian adik-adiknya di universiti kerana dia seorang saja yang bekerja. Manakala adik-adik lain ada pula yang sudah berkahwin dan menjadi suri rumah.

 

“Seorang ayah sepatutnya melindungi keluarga, bukan melingkupkan keluarga” 

Pendedahan tersebut telah mendapat pelbagai respon netizen yang berasa sedih dengan nasib mangsa dan berharap wanita itu bersama adik-adiknya membuat laporan polis segera atas perbuatan buruk si ayah.

Komen Kisah Ayah Pedo

Semoga pengadu tabah dengan dugaan yang menimpanya. 

Baca: Ibu Terkejut 2 Anak Lelaki Balik Rumah Menangis, Rupanya Jadi ‘Target’ Lelaki Pedo Ketika Jual Kuih

Jual Kuih

Sumber: Twitter