Saban tahun pengguna iPhone pasti menantikan pengumuman Apple berkenaan produk terbaharu mereka. Namun ada segelintir yang memilih untuk kekal bersama iPhone sedia ada dan ada juga yang menyimpan hasrat untuk menggunakan iPhone.
Buat korang yang teringin nak merasa pakai iPhone tu, ni admin nak share pasal perkara yang korang wajib tahu sebelum beli iPhone seperti yang dikongsi oleh @AhmatFami di akaun Twitter miliknya.
3 jenis iPhone
Untuk korang yang tengah survey iPhone tu, korang kena tahu beza 3 jenis iPhone ni. Bukan dari segi model, tapi dari condition telefon tu sendiri.
Import set tu, maksudnya telefon yang dibawa masuk dari luar negara untuk dijual di Malaysia. Kedai sah Apple tak jual yang jenis macam kalau tak silap admin.
Beli iPhone ikut kemampuan. Kalau yang sebelum ni elok lagi, tak perlu nak ganti baru. Kalau mampu tu lain ceritalah ye.
iPhone terpakai
iPhone terpakai pun masih dikira sebagai iPhone. Cuma sebelum beli tu, kena check betul-betul condition phone tu dengan penjual. Pastikan kita bayar dengan harga yang setimpal.
Telefon mana-mana brand pun kalau masuk air memang cepat rosak. Habis semua sistem elektronik dalam phone tu tak berfungsi kalau masuk air.
Iphone refurbished
Mungkin ada juga yang fikir untuk beli iPhone refurbished. Korang tak salah, tapi baca dulu tips kat bawah ni ye.
Admin kalau boleh akan elakkan beli iPhone yang refurbished ni. Bukan apa, tak yakin weh, tahu-tahu nanti rosak, habis melayang beribu-ribu.
Secondhand vs Refurbished
Okay untuk tips seterusnya ini admin rasa bukan terhad kepada iPhone sahaja, semua jenis phone boleh guna hampir kesemua tips ni. Pilih je yang mana sesuai.
Banyak perkara yang kena ambil tahu sebelum nak berbelanja besar beli iPhone. Kalau dapat yang elok tu bersyukur sangat. Kalau nak lebih yakin, pergi terus ke wakil jualan produk Apple. Itu confirm-confirm barang original!