in

“Creepy… ini data peribadi saya” – Individu Didakwa ‘Leak’ Data Bil Telefon & Semak MyKasih Khairul Aming

Khairul Aming Bil Telefon

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang individu didakwa telah mengakses data peribadi iaitu maklumat berkaitan bil telefon seorang usahawan terkenal Khairul Aming sehingga membuatkan pempengaruh itu berasa kurang senang terhadap pendedahan tersebut yang dibuat secara terbuka di media sosial.

Individu terbabit mendakwa Khairul Aming mempunyai tunggakan bil berjumlah RM498 selain mendakwa talian telefon berkenaan boleh disekat kerana bayaran tidak mencukupi.


Individu itu turut mendakwa baki bayaran pendahuluan sebanyak RM2,000 yang dibuat bagi tempoh setahun tidak mencukupi susulan terdapat pembelian tambahan digital yang mencecah lebih RM400.

Bagaimanapun, Khairul Aming menegur pengguna tersebut tidak perlu mengulas mengenai jumlah bil tersebut kerana ia merupakan urusan peribadinya selain mengakui membuat bayaran secara pendahuluan untuk beberapa bulan.

753150903 17972913285120137 8961365355958723276 N

Perkongsian itu turut mengundang kebimbangan orang ramai yang mempersoalkan kemungkinan berlaku kebocoran maklumat pelanggan dan menggesa pihak berkuasa menjalankan siasatan sekiranya dakwaan tersebut benar.

Artikel berkaitan: “Dengan bayaran USD 50, habis b*gel data” – Rakyat Malaysia Luah Kebimbangan Kebocoran Data Sulit

Artikel berkaitan: “Memang kita kerja pergi kedai je” – Netizen ‘Geram’ Dengan Kerenah Khairul Aming Kongsi Resepi

Selain itu, individu terbabit didakwa bukan sahaja mendedahkan mengenai isu tersebut, malah didapati mempunyai maklumat peribadi kad pengenalan milik Khairul Aming yang digunakan untuk melihat penggunaan MyKasih.

Screenshot 2026 07 21 103817

Pada ketika ini, akaun milik individu itu telah dipadamkan selepas isu tersebut dibangkitkan oleh orang ramai.

Dalam perkembangan lain, Khairul Aming masih menantikan respon dari syarikat Telco yang terlibat untuk menjawab perihal maklumat bil peribadinya yang telah diceroboh oleh individu tersebut.

 

View on Threads

 

Sumber: Threads

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.