Semua orang yang bekerja sebagai eksekutif pemasaran atau memiliki syarikat sendiri mesti ada strategi pemasaran yang tersendiri. Tidak kiralah secara berbayar atau pun percuma, banyak cara yang boleh dipilih.
Tapi… ada satu pasangan usahawan yang pernah viral dengan hadiah tak masuk akal punya marketing strategy memang lain dari yang lain. Sudahlah lain dari lain, lepas tu cringe pulak. Geram dan malu pun admin rasa.
Apa yang sebenarnya berlaku, okey meh sini admin nak cerita. Hafiz Mahamad dan isterinya Syafiqah Aina hadir ke rancangan terbitan Astro; Meletop. Waktu dorang dekat rancangan tu, dorang sempat lah promote produk, tapi yang jadi buah mulut netizen ialah benda yang berlaku seterusnya tu. Haaa korang tengok tweet dari @mighvv kat bawah ni, pastu korang klik dekat gambar bawah tu untuk tengok video, baru paham cerita.
Cringe gila weh
Jujur admin cakap, admin tak sanggup nak tengok video tu sampai habis. Satu sebab cringe sangat, satu lagi kesian kat Radin tu. Dia macam disisihkan oleh dua orang tu. Pastu Neelofa pun macam serba salah, mana taknya, dia kan duta Oppo, tapi kena terima hadiah iPhone pulak. Serba salah dibuatnya.
Netizen pun gelisah gak tengok gelagat dorang ni. Macam try hard sangat. Tak senang duduk netizen weh.
Betul weh, kalau admin jadi Radin, rasanya dah blah dari situ, tapi sebab professional kan, stay je lah walaupun sakit hati huhuhu.
Dorang tu nampak kelam kabut sangat weh. Admin tengok rimas. Tahu lah Neelofa tu idola, tapi dok ulang banyak kali tu dah kenapa. Hadoiii.
Haaa ni pun antara sebab kenapa admin tak sanggup tengok sampai habis. Rasa macam level makcik bawang kampung sangat. Bagi lah sorang-sorang bercakap.
Taktahu lah ni gimik marketing atau epic failed. Admin memang kesian betul kat Radin disisihkan macam anak tiri. Semoga tabah ye Radin, nanti beli je iPhone sendiri.
Baca: “Macam telan kahak” – Instafamous Hafiz Mahamad Dilabel Biadap Kerana Hina Makanan Tradisi, Ambuyat