Pada 14 Mei lepas, sudah menjadi kebiasaan pada setiap tahun untuk masyarakat seluruh dunia menyambut Mother’s Day atau Hari Ibu sebagai tanda apresiasi kepada insan yang telah banyak berkorban dalam membesarkan anak-anak.
Walau bagaimanapun, perkongsian daripada pelawak, Jep Sepahtu berkenaan hukum menyambut Hari Ibu oleh orang Islam baru-baru ini telah mengundang perhatian netizen di media sosial.
https://www.instagram.com/p/CrX3AehJbEz/
Jep kongsi video UAI tegur umat Islam
Menerusi video yang dimuat naik di Instagram, ia memaparkan salah satu ceramah daripada Ustaz Azhar Idrus (UAI) yang menjawab persoalan ramai mengenai hukum menyambut Mother’s Day.
Menurut UAI, ia adalah haram dan berdosa besar untuk disambut kerana dikaitkan dengan hari Mother of Church dari agama Kristian.
Malah tambah UAI lagi, Islam tidak mengajar hari ibu disambut pada hari-hari tertentu saja kerana kita sepatutnya menghargai ibu kita pada bila-bila masa.
https://www.instagram.com/p/CsPhKaUB3oj/
“Tahniah Jep berani post benda yang benar…”
Posting berkenaan telah mendapat pelbagai komen daripada netizen yang mana kebanyakan darinya memuji tindakan Jep yang berani memuat naik teguran tersebut yang mungkin tidak ketahui ramai.
Walau bagaimanapun, ada juga di kalangan netizen yang kurang senang dengan video tersebut kerana merasakan tidak salah menyambut Hari Ibu dengan niat yang betul tanpa mengaitkan unsur-unsur lain.
Dalam pada itu, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan menjelaskan sambutan Hari Ibu tidak salah dan dibolehkan tetapi hendaklah menepati beberapa syarat iaitu menganggap perayaan tersebut sebagai penghormatan tambahan buat ibu bapa dan bukannya menyempitkan skop menghormati mereka hanya pada hari tersebut.
Perayaan itu juga tidak boleh dijadikan sebagai satu bentuk perayaan dengan erti kata perayaan keagamaan tetapi sebagai sambutan secara adat sahaja.
Apa pendapat korang mengenai isu ini ya?
Baca: Jual Makanan Kepada Individu Ponteng Puasa Hukumnya Haram – UAI