Jemaah Kongsi Imam Masjid Negara Titip Doa Buat Azwan Omar Masa Khutbah Solat Jumaat?

Dengan kesungguhan dan ketekunan Azwan Omar, pandu dari Melaka ke Selangor sambil bawa bot demi membantu mangsa banjir, pemuda yang digelar ‘Abang Viva’ ini telah dinobatkan sebagai ‘Wira Banjir’ di mata netizen.
Ia lebih mengundang rasa terharu rakyat Malaysia apabila Azwan menyatakan bahawa dia hanya ada wang sebanyak RM 50 sahaja untuk ke lokasi kejadian sehinggakan dirinya dikatakan tersemat dalam doa rakyat Malaysia.
Imam Masjid Negara doakan ‘Wira Banjir’?
Perkara itu dikongsikan oleh pemuda yang dikenali sebagai Rafique Muzzaffar kepada Lobak Merah sewaktu menunaikan solat Jumaat ketika sedang mendengar Khutbah tadi.
Menurut Rafique, doa itu ditujukan khas buat Azwan Omar kerana Imam tersebut berkata…
“Rahmatilah hambamu yang menolong mangsa banjir walaupun ada RM50 sahaja”
Masa khutbah imam baca doa for Azwan Omar, abang Viva.
“Rahmatilah hambamu yang menolong mangsa banjir walaupun ada RM50 sahaja”
Satu masjid orang doakan untuk dia, maybe satu KL if khutbah and doa standardised. pic.twitter.com/cp2fCNga5B
— Rafique (@rafiquemuzhaffa) December 24, 2021
Dalam masa 2 jam, tweet ini telah meraih lebih daripada 5,000 jumlah retweets. Ia sekaligus ramai netizen turut panjatkan doa buat Azwan. Malah, netizen yang bukan beragama islam turut berterima kasih atas jasa yang diberikan oleh Azwan Omar kepada mangsa banjir.

Terkini, Kosmo! melaporkan bahawa ‘Wira Banjir’ itu kini dalam perjalanan ke Pahang untuk membantu mangsa-mangsa di sana pula. Allahu, kami Team Lobak Merah turut mendoakan agar rezeki Azwan melimpah ruah.
Baca : Digelar Sebagai ‘Wira Banjir’, ‘Abang Viva’ Kini Ke Pahang Pula Untuk Bantu Mangsa Banjir di Sana




