in

“Jantan keparat”- Doktor Haiwan Dirogol & Dibakar Sekumpulan Lelaki Konon Nak Tolong Tukar Tayar Motor

Featured 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tak ada perikemanusiaan dan hati perut, itu yang berlaku dalam kejadian kejam di Shadnagar, Hyderabad India.


Menurut The New Indian Express, mangsa merupakan seorang wanita berusia 26 tahun dan bekerja sebagai doktor veterinar.

Dr Potula Priyanka Reddy dilaporkan ditemui di Shadnagar, pada pagi khamis.

Mangsa ditemui dalam keadaan rentung, disyaki dirogol sebelum dibunuh dan dibakar”

Hyd Vet Murder Pic
Sumber: the new indian express

Mengikut siasatan, Dr Potula dilaporkan hilang pada Rabu selepas pulang dari hospital.

Selepas beberapa jam laporan kehilangannya, mayat wanita malang itu ditemui berhampiran saluran air di Lebuhraya Nasional Hyderabad-Bengaluru.

3
Sumber: times of india

Polis memaklumkan yang mayat Dr Potula ditemui seorang penjual susu kira-kira pukul 6 pagi, sebelum menghubungi pihak berkuasa.

Identiti wanita malang itu berjaya dikenalpasti melalui loket yang dipakainya ketika itu.

2
Sumber: youtube
1
Sumber : youtube

Kata polis, siasatan awal mereka mendapati yang Dr Potula dalam perjalanan pulang dari hospital sebelum menuju ke plaza tol di Tondupally (tampat dia parking skuternya) dan ingin pergi ke hospital di Gachibowli.

Dilaporkan ketika kejadian, wanita malang tersebut sempat menelefon adik perempuannya, P Bhavya Reddy dan memberitahu yang tayar skuternya pancit, malah dia memaklumkan juga ada beberapa orang asing cuba membantunya.

Dr Potula juga minta adiknya supaya terus bercakap dengannya melalui telefon sebab dia rasa takut dengan orang-orang yang menawarkan bantuan kepadanya itu, namun beberapa minit kemudian telefonnya dimatikan, memaksa keluarganya laporkan kepada polis”

So susulan daripada kejadian itu, empat lelaki ditahan termasuk seorang pemandu lori dikenali sebagai Mohammed Pasha.

Difahamkan identiti kesemua suspek dikenalpasti selepas meneliti cctv dari lokasi kejadian.

Bagaimanapun polis masih menyiasat motif pembunuhan tersebut.

Barang kejadian seperti pakaian, kasut dan minuman milik Dr Potula ditemui sekitar laluan bertol tempat wanita malang itu parking motosikalnya.

 

Baca : Mangsa selalu derma pada hospital-Jutawan Dibunuh Sebelum Mayat Disimen Dan Disumbat Dalam Peti Sejuk

4

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.