in

“Janganlah malukan kita” – [VIDEO] Salah Sebut ‘Phoenix’, Netizen Terbahak Tengok Reaksi KJ & Dr Noor Hisham

Kj Tegur Sebutan Phonix Tv

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seperti yang semua sedia maklum, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin dan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah yang kini berada di Geneva, Switzerland menghadiri Perhimpunan Kesihatan Dunia ke-75 telah mengadakan sidang media khas semalam.


Antara info yang dijelaskan kedua-dua mereka ialah berkenaan dengan kebimbangan wabak baru seperti cacar monyet dan perkembangan mengenai COVID-19 serta penyakit HFMD yang kini sedang menular di negara.

Salah sebut ‘phoenix’ 

Namun mood serius sesi live tersebut akhirnya ‘terganggu’ selepas seorang individu kedengaran salah menyebut perkataan ‘phoenix’ kepada ‘phonix’ hingga menerima teguran Khairy atau KJ dalam satu video yang viral di TikTok.

KJ yang pada ketika itu membuka sesi soal jawab kepada media hampir tergelak dan menggeleng malu apabila individu yang memperkenalkan media tersebut menyebut ‘Phonix TV’.

Nah korang tengoklah sendiri. Lawak pulak! Sampai Dr Noor Hisham pun tahan gelak.

@milotarik00

reaction masing-masing comel 😭 #dghisham #khairyjamaluddin #kjswag

♬ Mariposa – Peach Tree Rascals

Jangan malukan kita. Alamak, sorry,” kata KJ.

 

“Member terus alamak. Kah kah kah” 

Rata-rata netizen yang melihat video tersebut terhibur dengan gelagat KJ & Dr Noor Hisham yang hampir ketawa walaupun baru menyampaikan satu pesanan serius.

Kj Dg Hisham

Itulah pentingnya english edukesyen gais… Phoenix bukan phonix. 

Baca: “Jauh lagi nak endemik” – Ramai Keliru Sangka 1 April Masuk Fasa Endemik, Ini Penjelasan KJ

Kj Endemik

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.