in

“Jangan sentap bila orang tegur anak kau buat salah” – Wanita ‘Sekolahkan’ Ibu Bapa, Jangan ‘Back Up’ Bila Anak Kurang Ajar

Yam Ke Tu

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kanak-kanak memang cepat belajar daripada apa yang mereka dengar dan lihat. Sebab tu kita sebagai orang dewasa kena jaga percakapan dan perbuatan depan anak-anak yang masih kecil.


Kadang kala bukan daripada kita mereka belajar tapi melalui persekitaran. Mungkin di tempat awam, mungkin dia belajar daripada kawan-kawan bermain di rumah pengasuh dan sebagainya.

Contohnya, macam yang dikongsi seorang ibu di Facebook semalam. Menurut Meyra, anak dia yang berusia 2 tahun dah belajar berkasar lepas jadi mangsa kekasaran kanak-kanak lain.

 

“Dia tendang saya…”

Melalui posting Meyra di Facebook, dia tunjuk gambar anaknya yang tengah kena denda atau dipanggil ‘timeout’. ‘Timeout’ ni macam denda yang tak berat untuk anak bertujuan ajar mereka untuk sedar kesalahan yang dilakukan.

So, kata Meyra kelmarin anak dia kena tendang dengan seorang kanak-kanak lain. Daripada situ, anak dia belajar untuk tendang orang lain dan semalam anak dia tendang dia.

Yam1
sumber: facebook

Dia tendang saya. Saya terkejut. Dia tak pernah buat macam tu. Kemudian, saya teringat. Dia kena tendang dengan seorang budak semalam. Sekarang, dia buat dekat saya pula. Saya masih terkejut.”

 

“Ibu bapa tolong berhenti ‘lindungi’ anak…”

Kebanyakan ibu bapa tak boleh terima bila ada orang lain tegur anak mereka. Lebih-lebih lagi bila kena tegur dengan ibu bapa lain yang anak mereka berkasar atau buat kesalahan lain.

Whatsapp Image 2019 08 28 At 16.34.05
sumber: facebook

Ibu bapa begini selalunya akan jadi ‘protective‘ dan mengamalkan sikap ‘anak saya tak salah’. Pada pendapat Meyra, tidak sepatutnya ibu bapa bersikap macam tu sebab disebabkan selalu ada yang ‘back up’ lah mereka akan membesar dengan berfikir kekerasan dan keganasan itu tak salah.

Jangan terasa bila ibu bapa lain cakap anak kamu buat salah. Sila berhenti sentap bila nak membesarkan budak.”

 

“Amalkan timeout dengan anak anda”

Meyra juga sempat mencadangkan semua ibu bapa lain untuk amalkan timeout ini setiap kali anak kecil membuat kesalahan supaya mereka belajar sesuatu benda baik selepas didenda.

Yam
sumber: facebook

Tapi, mendenda anak perlulah dengan cara yang betul. Bukan dengan jerit, cubit atau pukul anak bila mereka buat salah sebab cara macam tu akan mengajar mereka untuk ‘berkeras’.

Jangan sebab kau sentap mak org lain marah kau, kau pergi cubit, pukul, and jerit kat anak kau.”

 

Cara buat timeout pada anak

Ini cara dicadangkan Meyra bila nak buat timeout dekat anak:

  • Suruh anak berdiri pandang dinding selama 5 minit
  • Anak perlu diam tanpa berkata atau pegang apa-apa
  • Tapi paling penting, beritahu mereka apa kesalahan yang mereka dah buat.
  • Beritahu mereka perkara itu salah dan tidak patut diulangi
  • Bila mereka dah faham dan selepas 5 minit, suruh mereka minta maaf. Benda ni akan ajar anak untuk minta maaf bila buat salah.
  • Kemudian, peluk mereka. Puji mereka dengan kata-kata baik seperti: ‘Kamu anak yang baik. Berbuat baiklah dengan orang lain dan jangan bersikap kasar.”
  • Sambil tu, usap kepala mereka dan doa dalam hati supaya anak menjadi baik dan mendengar kata.
Whatsapp Image 2019 08 28 At 16.53.16
sumber: facebook

Moga perkongsian ini bermanfaat untuk ibu bapa yang ada anak kecil…

Baca: “Mak babi lagi mulia dari mak moden” -Netizen ‘Sekolahkan’ Individu Kutuk Ibu Bekerjaya

Collage 13

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.