in

“Jangan sebar bukan-bukan pasal YDPA”

Agong Tun

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kami gerenti ramai yang pissed off semalam sebab kena tunggu berjam-jam lamanya untuk tonton majlis angkat sumpah Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke-7. Gara-gara fed up menunggu, netizen mula buat spekulasi dan antaranya ialah salahkan Yang Di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V sengaja delay proses angkat sumpah Tun. 


Image 1 1
sumber: kosmo

Tapi korang jangan terburu-buru nak salahkan Yang Di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V (YDPA) dulu sebelum tahu apa sebabnya. Perkongsian dari Facebook ni mungkin akan buat korang menyesal cakap yang bukan-bukan pasa YDPA.

Kenapa angkat sumpah PM pukul 9.30 malam?

Menerusi posting tu, pengguna Facebook ni jelaskan beberapa sebab kenapa majlis angkat sumpah delay sehingga 9.30 malam dari jam 5 petang semalam (10 Mei). Ini sebab-sebabnya:

  • Ramai yang salah faham apabila Tun Mahathir ke Istana Negara pukul 4.40 petang tadi dianggap sebagai upacara angkat sumpah jawatan Perdana Menteri.
  • Sebenarnya petang tadi (10 Mei) adalah upacara menghadap sembah atau mat saleh kata ‘an audience’ with YDPA. Bukan Tun Mahathir saja yang mengadap malah semua ketua atau wakil parti komponen Pakatan Harapan (PH) yang menyokong Tun Mahathir sebagai PM turut dipanggil menghadap.
  • Ia adalah proses untuk baginda benar-benar mengenalpasti dan meyakini bahawa Tun Mahathir adalah individu paling banyak mendapat sokongan ahli Dewan Rakyat untuk mengetuai kerajaan.
Dc4Grjfxcaeexqy
sumber: twitter
  • Selepas sesi mengadap dengan semua ketua komponen PH selesai dan baginda meyakini bahawa Tun M ada sokongan cukup untuk ketua kerajaan, maka barulah baginda bertitah untuk majlis mengangkat sumpah jawatan PM yang dilakukan jam 9.30 malam.
  • Kenapa 9.30 pm? Sebab YDPA ni memang selalunya event dia start lepas selesai Solat Isyak kecualilah ada masalah tertentu. Lepas Solat Maghrib then Isyak dalam 9.00 pm, pastu bersiap-siap jadilah 9.30. Kira ngamlah timing tu.
  • Baginda hanya ingin memastikan Malaysia ini diserahkan kepada individu benar-benar cukup syaratnya.
501Awani 32121815 2221506624747719 1853926674882625536 N
sumber: blog

Janganlah sebar berita bukan-bukan tentang YDPA

Pengguna Facebook tu jugak menegaskan supaya netizen janganlah dok sebar berita-berita yang tak sahih dan sengaja cakap YDPA ‘kerek’ sebab lengahkan majlis dan sebagainya. Baginda jugak sama macam kita, sayangkan negara Malaysia dan inginkan yang terbaik kepada semua.

Selain YDPA, Sultan Johor dan Selangor jugak terkena tempias dikatakan tidak menyetujui perlantikan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri Malaysia. Namun kedua-dua Sultan tersebut dah buat kenyataan rasmi yang mengatakan baginda tak ada halangan dalam perlantikan Tun Mahathir sebagai PM.

Dc4V8Jzx0Aamkul
sumber: twitter

Macam mana sekalipun, admin mintak netizen kat luar sana cuba untuk matangkan sikit fikiran tu dan jangan main tuduh-tuduh kalau tak tahu hal sebenar. YDPA sama macam kita jugak nakkan benda yang baik untuk negara. Jadi lebih baik kita saling berlapang dada dan biarkan mereka yang telah kita lantik sebagai pentadbir negara untuk uruskan hal ni dengan sebaik mungkin.

Smart sungguh Agong kita semalam dalam majlis angkat sumpah dengan PM. Suka tengok kesederhanaan baginda. 

Baca: [TERKINI] Anwar Bakal Dapat Pengampunan Agong Segera

Anwar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.