in

“Jangan sebab nak murah badan jadi mangsa” – Gara-gara Buat Bekam di Uptown, Lelaki Kena HIV Lagi 7 Bulan Nak Kahwin

Bekam

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Selain daripada mengamalkan gaya hidup sihat dengan jaga pemakanan dan lakukan senaman setiap minggu, ada juga di kalangan kita yang gemar lakukan rawatan bekam atau akupuntur.


Tidak dinafikan berbekam ni bagus sebab boleh membuang toksik dalam darah selain ia juga merupakan sunnah nabi. Tapi korang yang buat rawatan ni, eloklah buat dekat orang yang bertauliah takut jadi kes macam mangsa kat bawah ni.

 

“Kawan dapat HIV dari bekam buat kat Uptown Danau Kota. Still guna jarum yang sama” 

Menerusi posting di Twitter, seorang netizen berkongsi kisah rakan lelakinya yang disahkan kena HIV lepas membuat rawatan bekam di Uptown Danau Kota. Lebih teruk lagi, rawatan bekam ni dibuat 7 bulan sebelum dia buat HIV test untuk kahwin.

Disebabkan hal ni, tak pasal-pasal kawan dia tak jadi kahwin. Allahu…

Hiv 1
sumber: twitter

 

“Bayangkan anda makan makanan sihat, amakan yoga, tak pernah pergi parti, tak ambil dadah atau lakukan seks bebas. Tapi tiba-tiba ada HIV positive sebab…” 

Bukan rawatan bekam je korang kena hati-hati, akupuntur yang tak selamat sebab gunakan jarum recycle pun korang kena berjaga-jaga juga. Ada kes yang tiba-tiba kena HIV walaupun dah jalani kehidupan yang sihat macam kat bawah ni. Tak pasal-pasal… 

Hiv 2
sumber: twitter

 

“Baru nak bekam… eiii takutnya!” 

Kisah ini sekaligus buat netizen lain berasa takut dan lebih berjaga-jaga dalam melakukan rawatan bekam mahupun akupuntur. Nasihat admin, tak salah nak buat rawatan ni. Tapi carilah pusat rawatan yang bertauliah dan ada sijil. Badan kita ni nak pakai lama tau. Takut bila jadi perkara macam ni.

Shit Scary
sumber: twitter

 

“Most yang dapat HIV ni konon-konon kaver ja dari bekam padahal buat seks bebas…” 

Kaver Jah
sumber: twitter

So korang rasa macam mana? Masih nak buat bekam dan akupuntur kat tempat yang tak bertauliah lagi ke? Scary pulak min kalau jadi macam ni! 

Baca: “Suami suruh saya gugur anak ni” – Isteri Kecewa Dituduh Suami Curang Gara-gara Positif HIV, Rupanya…

Kesian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.